Lebih 1,000 pengiat sukan berbasikal telah menyahut cabaran dan berjaya menamatkan kayuhan Repsol Fellowship Ride yang diadakan di Negeri Sembilan.

Laluan sejauh 75 km ini bermula dan tamat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, yang merentasi bandar Rantau.

Acara ini diadakan bersempena Hari Malaysia bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat dan menyemai semangat perpaduan.

Majlis pelepasan disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Zulkefly Mohamad Omar. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bertindak Belia dan Sukan Negeri sembilan Mohamad Taufek bin Abdul Ghani.

Beliau berkata, Kejayaan sebuah negara bukan hanya diukur dari segi ekonomi tetapi juga dari segi kesejahteraan rakyatnya.

Ianya amat mengalakkan melihat sektor swasta bersukarela menganjurkan inisiatif sebegini bagi meraikan perpaduan bersempena Hari Malaysia.

“Melihat perkembangan aktiviti berbasikal yang semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia, kami mengambil kesempatan ini untuk memupuk gaya hidup yang sihat dan aktif,” kata Jorge Milathianakis, Pengarah Unit Perniagaan Repsol Malaysia.

“Tambahan lagi, aktiviti berbasikal juga dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, kawan-kawan, dan masyarakat tak mengira perbezaan dari segi apapun. Ini mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar.”

“Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan, kami komited dalam memberi sokongan dan meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini bagi semua pengguna jalan raya, terutamanya bagi golongan yang paling berisiko iaitu penunggang basikal.

Kayuhan dimulakan pada jam 7:45 pagi dari Paroi menuju ke Rantau melalui bandar Senawang dan Sungai Gadut sebelum meneruskan perjalanan balik melalui laluan Rantau- Siliau yang memaparkan pemandangan indah hutan lipur Negeri Sembilan.

“Berbasikal merupakan sukan yang terbaik untuk bertemu dengan kawan-kawan baru dan rakan latihan, di samping penjagaan kesihatan,” kata pemenang pingat gangsa Kejohanan Berbasikal Asian 2019, Dr. Norhasmat ‘Kep’ Abdul Aziz, yang juga mengambil bahagian dalam kayuhan ini.

“Kayuhan bersempena minggu Hari Malaysia ini merupakan aktiviti yang istimewa kerana kami dapat melihat semua peserta bergerak bersama tanpa mengira bangsa atau agama.”

Sebagai sebuah syarikat tenaga, Repsol Malaysia berbangga kerana dapat menyumbang kepada visi kerajaan dalam memperkukuhkan dan menyatukan rakyat melalui semangat kesukanan.

- Advertisement -