Tak sangka menjadi- Yashir Pinto

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/09/tak-sangka-menjadi-yashir-pinto">
Twitter
Pinterest

 

 

Pemain import PKNP, Yashir Pinto Islame menganggap jaringan yang dilakukan ketika berdepan Kedah pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Rabu lalu melalui teknik sepakan robana antara salah satu gol terbaik dalam kariernya sebagai pemain.

Tambah pemain antarabangsa Palestin ini, dia sama sekali tidak menduga teknik yang dilakukannya tiap kali pada sesi latihan akhirnya menjadi pada situasi perlawanan sebenar.

Bagaimanapun, jaringan luar biasa itu masih belum dapat memadamkan kekecewaannya membantu PKNP yang tewas 1-2 di laman sendiri sekaligus gagal membawa sebarang bekalan ke Alor Setar.

“ Cukup istimewa, sukar hendak saya hendak gambarkan jaringan itu walaupun saya ada lakukannya pada sesi latihan cuma untuk lakukan pada perlawanan sebenar, ia bukan sesuatu yang mudah.

“Malah, cara bola itu menerjah ke jaring cukup cantik dan terus terang saya ia kekal sebagai detik gol paling teristimewa dalam karier saya.

“ Saya tahu ramai sedang memperkatakan jaringan saya ini antara terbaik dalam saingan liga setakat ini dan sekurang-kurangnya saya sudah ada detik teristimewa untuk saya kenang bersama PKNP.

“Bagaimanapun, saya tidak begitu gembira sepenuhnya kerana tewas kepada Kedah yang bangkit pada babak kedua dan kami kena perbaiki tahap fokus selepas ini pada situasi sepakan penjuru dan percuma jika mahu bangkit di Darul Aman, “ katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Yashir menjaringkan gol pembukaan pada minit 37 selepas mendapat hantaran daripada pemain bawah 18 tahun negara, Mukhairi Ajmal.

Kedah membalas pada separuh masa kedua menerusi jaringan penyamaan Fernando Rodriguez pada minit 49 dan gol kemenangan disumbangkan David Rowley, pada minit 73.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak pula berpendapat skuadnya sudah berada sebelah kaki ke separuh akhir biarpun sedar lawan mereka memerlukan dua jaringan di laman lawan tanpa balas untuk mara.

Beliau jelas memuji karakter pemain kerana mampu bangkit kerana ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan lawan dilihat berjaya tampilkan corak bertahan yang baik sepanjang permainan selain leburkan rekod tanpa kalah PKNP selepas sembilan perlawanan di tempat sendiri.

“Bukan saya yang menjadi rahsia kebangkitan tetapi soalnya semua pemain dan bagaimana mereka lakukannya atas padang kerana bukan satu tugas mudah ekoran PKNP ada kekuatan tersendiri pada aspek pertahanan.

“Namun selagi wisel belum tamat, perlawanan ini masih terbuka dan jangan fikirkan kerana kami bermain di laman sendiri selepas ini, kami sudah hampir pasti layak kerana lihat sahaja pasukan hebat seperti PSG, Barcelona pernah tersingkir walaupun menang selesa pada aksi pertama dan kami perlu berwaspada dalam apa jua situasi.

“Dalam masa sama, saya juga ingin memuji kualiti saliran air padang di Manjung yang berada di tahap begitu membanggakan kerana mampu pulih dengan cepat biarpun hujan lebat pada lewat petang.

“Saya sama tidak sangka kualiti padang mampu kekal berada di terbaik dan terima kasih juga kepada petugas yang bertungkus lumus memastikan perlawanan ini dapat berjalan seperti dirancang, “ katanya.

Please follow and like us:
0