LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge: Tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga 15 Oktober

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/10/lpt2-deperasing-ride-2019-ajil-challenge-tarikh-pendaftaran-dilanjutkan-sehingga-15-oktober">
Twitter
Pinterest

 

Tarikh pendaftaran untuk acara kayuhan LPT2 De- Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 15 Oktober.

“Keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran tersebut dibuat untuk memberi peluang kepada lebih ramai mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian di dalam acara yang julung kali diadakan di R&R Ajil di LPT2,” kata Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim.

Menurut Roszi, orang ramai membuat pendaftaran di laman web www.sports360.my untuk mana-mana 3 kategori iaitu Road Bike (110km), Mountain Bike (50km) dan Fun Ride (50km).

 

 

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 hingga RM120 bergantung pada kategori. “Setiap penyertaan akan diberikan jersi atau kemeja-t mengikut kategori yang disertai. Jersi bagi Kategori VIP turut diselitkan dengan motif batik yang berkait rapat dengan identiti pelancongan Terengganu,” jelas Roszi.

LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge turut menawarkan hadiah-hadiah menarik berjumlah RM55,000 termasuk cabutan bertuah sebuah Yamaha NVX dan Y125ZR serta hadiah wang tunai untuk penyertaan pasukan teramai dan lain-lain lagi.

 

 

Please follow and like us:
0