Masalah penyertaan pasukan, Le Tour de Femina 2019 ditunda

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/10/masalah-penyertaan-pasukan-le-tour-de-femina-2019-ditunda">
Twitter
Pinterest

EKORAN pertembungan dengan persiapan dan jadual acara berbasikal temasya Sukan SEA 2019, perlumbaan Jelajah berbasikal wanita Le Tour de Femina (LTdF) 2019 ditunda bagi memastikan penyertaan pasukan yang lebih menyeluruh.

Sebelum ini, LTdF 2019, yang merupakan acara berbasikal pertama seumpamanya di Malaysia, dijadualkan dari 16 hinga 21 November ini tetapi terpaksa ditunda sekali lagi.

Penganjur perlumbaan, Ciclista Sports SdnBhd menerusi kenyataan media hari ini menyatakan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk pasukan dan badan sukan kebangsaan.

“Kata putus dan persetujuan itu dicapai selepas berbincang dengan pihak pengurusan Persekutuan KebangsaanBerbasikal Malaysia (PKBM) dan juga jurulatih pasukan berbasikal wanita kebangsaan baru-baru ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports Sdn Bhd Shahirudeen Seeni.

Menurut Shahirudeen, skuad berbasikal wanita, menerusi badan jurulatih Kebangsaan telah memaklumkan tidak dapat menyertaiLTdF 2019 pada tarikh berkenaan (16-21 November) kerana bimbang menjejaskan latihan intensif skuad negara bagi acara berbasikal Sukan SEA 2019 di Manila yang dijadualkan bermula 1 Disemberini.

Begitujuga, pihak Ciclista Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan dengan alasan yang sama oleh beberapa pasukan berbasikal wanita dari Asia Tenggara yang lain yang menyatakan kesukaran untuk turut serta disebabkan oleh persiapan ke Sukan SEA 2019.

Acara berbasikal merupakan antara penyumbang emas terbesar skuad Negara pada edisi lepas di Kuala Lumpur 2017.

Menurut Shahirudeen, kata putus mengenai tarikh baru bagi Le Tour de Femina 2019 belum ditetapkan dan akan dipastikan selepas beberapa siri perbincangan yang akan menyusul.

Shahirudeen, bagaimanapun member jaminan memastikan perlumbaan julung kali yang diiktiraf UCI itu akan dianjurkan.

“Kami akan terus bekerja melakukan persiapan-persiapan yang sepatutnya bagi memastikan penganjuran Le Tour de Femina,” kata beliau.

Le Tour de Femina anjuran Ciclista Sports dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan PKBM, merupakan antara usaha untuk memperkasa perkembangan berbasikal dan sukan di kalangan wanita selain menjadikan Malaysia antara hab utama sukan berbasikal wanita di rantau ini.

Please follow and like us:
0