Johor Darul Takzim II,( JDT2)membawa bekalan tipis 1 gol menjelang aksi final kedua selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas UKM FC di Pasir Gudang, malam tadi.

Jaringan Mohd Amirulhadi Zainal di separuh masa kedua sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Ervin Boban bertandang ke gelanggang lawan.

Kemenangan yang diraih bagaimanapun bukan jaminan JDT II sudah boleh mendabik dada selaku juara, kerana baki 90 minit pada perlawanan akhir kedua kelak, kelebihan yang dimiliki boleh hilang andai pemain pemain leka.

“UKM bermain dengan baik. Walaupun kami menang 1-0, ia bukan jaminan kerana kami mempunyai tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan ini bukan keputusan yang baik.  Kami sudah menjangkakan perlawanan ini akan menjadi sukar,” Kata Ervin Boban.

Juzaili Sameon pula optimis pasukannya akan melakar kebangkitan di Cheras selain mengharapkan pemain pemain sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan.

“Ketika separuh masa kedua, kita kehilangan tumpuan dan melakukan kesilapan mudah. Bertemu pasukan yang mempunyai kelebihan pengalaman seperti JDT II, kami tidak boleh melakukan kesilapan yang mudah. 

“Kita ada 90 minit di Cheras, kita akan perbaiki pada final kedua nanti,”kata Juzaili Sameon. 

 

 

- Advertisement -