Bukan semua yang meminati sukan terutamanya hoki, lahir dari keturunan “berdarah” sukan, namun minat yang mula singgah sejak kecil masih mampu memimpin Ehren Hazell, 20, terus mencipta nama dalam sukan ini.

Pemain berasal dari New South Wales, Australia itu berkata, dia meminati dan mula memegang kayu hoki sejak berusia 3 tahun lagi.

“Entah bagaimana tapi saya meminati sukan ini, dalam keluarga bukan hanya tiada yang bermain hoki malah tiada seorangpun termasuk bapa saya aktif dalam dunia sukan.

“Bermula dari minat itulah, saya terus bergiat dalam sukan ini diperingkat sekolah hingga sekarang,” katanya.

Ketika dilabel sebagai antara pemain utama skuad bawah 21 tahun Burras, pemain remaja ini tetap merendah diri dengan tidak menganggap dia tidak layak menganggap dirinya sebagai pemain utama dalam pasukan.

Menjadikan kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) sebagaio kejohanan paling meninggalkan kesan mendalam sepanjang kerjayanya, pemain yang berpindah ke Sydney ini sentiasa mengharapkan terpilih untuk beraksi di Johor Bahru.

Katanya, edisi 2019 adalah tahun ketiganya beraksi di Stadium Hoki Taman Daya dan pencapaian terbaik Australia muncul juara pada 2017 itiu penampulan pertamanya, menjadi kenangan yang paling tidak dapat dilupakan.

Malah, keunikan budaya di Malaysia juga menarik minatnya untuk sentiasa berkunjung ke Malaysia.

“Sebagai remaja, saya suka pasar malam, tidak terdapat di tempat saya malah orang Malaysia cukup ramah dan suka bertegur sape,” katanya.

Memiliki 17 cap bersama skuad remaja Burras, dia mengharapkan untuk beraksi bersama skuad senior kebangsaan suatu hari nanti.

Dia yang beraksi dengan kelab Norwest Strikers dari Sydney sudah mengumpul 13 jaringan bagi tahun 2019 sebelum ke Johor Bahru.
Malah jaringan pertama perlawanan pembukaan menentang Jepun hari ini menyerlahkan lagi karismanya sebagai pemain yang bakal menyinar di masa hadapan.

Dia yang berada dalam barisan pemain ketika Australia menjuarai SOJC 2017, mempunyai cukup ramuan terutamanya selepas memperkuat skuad bawah 21 Burras ke Jemputan Remaja 8 Negara di Madrid, Sepanyol, Jun lalu.

“Kejohanan di Madrid betul-betul memberi peluang kepada saya menikmati aksi gaya Eropah sebenar dan ia tetap boleh dipraktikkan di sini,” katanya.

Di Madrid, skuad bawah 21 tahun Australia dijemput pada saat akhir dan menamatkan saingan di kedudukan keempat daripada lapan negara bertanding.

Selain Australia, Jerman, Sepanyol, Belgium, Great Britain, India, Belanda dan Australia turut bersaing pada kejohanan yang dimenangi pasukan Jerman itu.

- Advertisement -