Juara bertahan Kejohanan Hoki Jemputan Remaja Piala Sultan Johor (SOJC) 2018, Great Britain yakin barisan pemain kali ini mampu mengulangi pencapaian tahun lalu ketika mereka membawa pulang kejuaraan.

Ketua Jurulatihnya, Jon Bleby berkata, berbekalkan 9 pemain yang beraksi di Stadium Hoki Taman Daya tahun lalu, kegemilangan mampu diulang.

 “Perlawanan pertama menentang New Zealand, sama seperti tahun lalu. Saya jangkakan kesukaran yang sama sebelum kami memenangi perlawanan itu tahun lalu perlu dilalui pemain, biarpun skuad Blackstick menduduki tangga tercorot pada 2018.

 “Saya anggap perlawanan pertama nanti sebagai perlawanan baru dan cabaran yang akan kami tempuhi juga cabaran baru,” kata Bleby.

Menurutnya, skuadnya memiliki dua pemain dari sekuad senior kebangsaan iaitu Callum Mackenzie (Scotland)  dan Rohan Bhuhi (Wales) mampu memberi impak positif.

Beliau berakata, semua enam negara bertanding terdiri dari negara yang sama seperti edisi lalu dan dia yakin, tahap kesukaran yang bakal ditampilkan juga pasti sama.

 “Kejohanan ini amat hebat dengan kehadiran ramai penonton. Ia akan memberi pendedahan terbaik kepada pemain muda dan saya tidak sabar melihat bagaimana gandingan pemain lama dan baru membentuk sebuah pasukan yang mantap,” katanya, lagi.

Menentang New Zealand pada perlawanan pertama esok dianggap penting untuk menyuntik semangat pemain.

Selepas menentang New Zealand, Great Britan akan berdepan cabaran Jepu diikuti Australia, Malaysia dan India.

Pada saingan tahun lalu, Great Britain menamatkan saingan pusingan round robin di tempat kedua di belakang India, namun pada perlawanan klasifikasi final, mereka berjaya menundukkan keegoan musuh yang sama dengan kemenangan 3-2.

- Advertisement -