ToP 2019 – Ba’am takluk peringkat 3

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/10/top-2019-baam-takluk-peringkat-3">
Twitter
Pinterest

 

 

Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dari TSG menceriakan peminat berbasikal negara apabila memenangi Peringkat 3 ToP dari Kuantan ke Karak sejauh 172.7km.

Dengan mengerah seluruh kudrat, dia melintasi garisan penamat mengatasi cabaran Amir Kolahdouz Hagh (Taiyuan Miogee Cycling Team) dengan masa 3.49:59s.

Manakala rakan sepasukan, Mohd Harrif Saleh ketiga. Gandingannya bersama Amir melakukan pemecahan ketika perlumbaan memasuki 70 kilometer dan terus bertahan sehingga ke garisan penamat.

“Kami (TSG) memang mahu melakukan pemecahan bagi memberi ruang kepada pelumba pendaki berehat bagi menghadapi Cameron Highlands esok. “10km selepas pemecahan, ada perasaan kurang yakin untuk teruskan namun kami merangka strategi terbaik dan berbaki 40km mengayuh sepenuhnya ke garisan penamat,” kata Nur Amirull.

Dia kini mendahului kategori individu keseluruhan untuk jersi kuning, mengatasi Elchin Asadov dari skuad kebangsaan Azerbaijan walaupun mengumpul catatan masa yang sama iaitu 11.18:09s.

Dia turut menyarung jersi biru (pecut) dengan 44 mata dan putih (pelumba terbaik Asia) dengan 11.18:09s. Aksi peringkat keempat ke Cameron Highlands yang juga “queen stage” esok bakal menentukan pemenang jersi kuning dengan pendakian kategori hors menanti pakar pendaki yang menanti sejak tiga peringkat awal.

Jersi merah (bukit) dirampas kembali pelumba dari Indonesia, Aiman Cahyadi ( Pgn Road Cycling Team) dari pelumba TSC, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff apabila memenangi zon pendakian di Srijaya untuk mengumpul 10 mata. Peringkat keempat ToP esok diteruskan dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands sejauh 89.5km.

Please follow and like us:
0