ToP 2019 – Elchin Asadov takluk peringkat pertama

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/10/top-2019-elchin-asadov-takluk-peringkat-pertama">
Twitter
Pinterest

 

 

Kejutan berlaku pada hari pertama Tour of Peninsular (ToP) apabila pelumba bukan pilihan, Elchin Asadov dari skuad kebangsaan Azerbaijan muncul juara.

Dia secara bersendirian melintasi garisan penamat di Dataran Shahbandar selepas meninggalkan pelumba yang lain dengan masa 3 jam 57 minit 26 saat untuk bergelar juara Peringkat 1.

“Kami baru tiba malam tadi…perjalanan yang panjang dan sukar selepas bergegas ke sini kerana terbabit dengan perlumbaan di Turki. Saya fikir sekitar 11 jam perjalanan.

“Ini bukan kali pertama saya di sini kerana pernah beberapa kali bersaing di Malaysia ketika bersama Baku Cycling Project yang turut menampilkan Anuar (Manan). Saya gembira dengan kejayaan ini, terima kasih kepada pihak penganjur menjemput kami ,” ujarnya.

Menurutnya dia akan cuba mengekalkan jersi kuning walaupun sedar saingan sukar terutamanya di Cameron Highlands nanti.

Pelumba tempatan turut mencuri tumpuan pada Peringkat 1 apabila Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee meraih tempat ketiga di belakang Cristian Raileanu dari Team Sapura Cycling (TSC) yang muncul naib juara di Dataran Shahbandar.

Danieal Haikkal yang mewakili skuad kebangsaan muncul menyarung jersi pelumba terbaik Asia (jersi putih).

“Kami cuba melakukan sesuatu hari ini dan akhirnya berjaya. Ia permulaan yang baik kepada saya kerana ia kejayaan podium pertama sejak mencuba tiga tahun lalu.

“Ia membakar semangat saya untuk melakar lebih kejayaan walaupun sedar bukan mudah terutamanya dengan perlumbaan yang agresif seperti hari ini,” menurutnya.

Jersi pecut diraih pelumba Pro Touch , Rohan Du Plooy selepas mengumpul 18 mata diikiuti Asadov 16 mata dan Mario Vogt 14 mata dari TSC.

Aiman Cahyadi mewakili Pgn Road Cycling Team ungguli jersi merah dengan 4 mata selepas menjuarai zon pendakian di Kg Perlis.

Berakhir Peringkat 1 sejauh 180.6km hari ini, perlumbaan Peringkat 2 dari Kuala Terengganu ke Chukai sejauh 157.4km akan diteruskan 20 pasukan bertanding. 

Please follow and like us:
0