Mohd Aiman Afif Md Afizul melakar empat gol untuk membantu Malaysia berpesta gol ke atas Kepulauan Marina Utara 10-0 dalam aksi ketiga kumpulan G Kelayakan Piala AFC B19 2020.

Kemenangan ini sekaligus memastikan rekod kemenangan 100 peratus berjaya dikekalkan skuad kendalian Brad Maloney selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Tiga gol terhasil dalam tempoh 20 minit bermula dengan jaringan pembukaan Mohd Aiman (min 4) sebelum Hazim Abu Zaid melebarkan kedudukan 2-0 dua minit berselang.

Muhd Aidil Azuan melakar nama selaku penjaring ketiga Malaysia di minit 20 sebelum Fahmi Daniel menutup babak pertama dengan gol keempat untuk Malaysia.

Aiman terus tajam didepan gawang lawan apabila meledak gol kelima untuk Malaysia di minit 46 disusuli gol keenam Malaysia menerusi Fahmi (min 56) sebelum Muhd Firdaus Ramli menyumbat gol ketujuh hasil sepakan penalti (min 64).

Kepulauan Marina Utara terus tenggelam apabila Muhd Azrul Haikal Ramlee menjadikan kedudukan 8-0 (min 66) 

Malaysia meraih gol ke 9 menerusi Muhammad Azrul Haikal Ramlee pada minit ke-66, sebelum Aiman menamatkan pesta gol pasukan B-18 tahun itu menerusi dua jaringan pada minit ke-74 dan 79.

Malaysia menghuni tangga teratas kumpulan G dengan sembilan mata maksima dibantu dengan kekalahan mengejut Thailand ke atas tuan rumah, Kemboja 1-2.

Malaysia perlu menang ke atas Thailand pada Ahad untuk mengekalkan status selaku juara kumpulan sekaligus layak ke pusingan akhir Piala AFC B19 tahun depan.

- Advertisement -