Pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak tidak mahu ‘tunduk hormat’ kepada Thailand menjelang perlawanan keempat Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam esok.

Aidil merupakan pemain senior yang mempunyai pengalaman khususnya melibatkan pertemuan dengan Thailand mahu rakan rakan sepasukan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan kerana baginya, dalam bolasepak, apa sahaja boleh berlaku.

Bagi Aidil, kelibat pemain berpengalaman dan beraksi di pentas Eropah, Teerasil Dangda tidak menggentarkannya.

Thailand turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan dan kini menerajui kumpulan G dengan 7 mata setakat ini.

 

 

‘Teerasil memang seorang pemain yang memang banyak pengalaman dan bagus. Bagi saya, siapa pun lawan kita esok hari, kita tetap lawan. kita tidak akan bagi laluan mudah kepada Thailand.

Saya rasa yang penting esok rakan rakan bersatu hati sebagai satu pasukan. Dalam dunia ni tidak ada pasukan yang tidak boleh dikalahkan. Liverpool pun boleh kalah,’ kata Aidil

Malaysia kini menghuni tangga keempat kumpulan G dengan tiga mata selepas mengharungi tiga perlawanan, tiga mata dibelakang Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

- Advertisement -