Tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil hampir penuh kesemuanya apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan 74,308 tiket perlawanan bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 melibatkan aksi diantara Malaysia menentang Indonesia telah dijual

FAM menerusi kenyataan media hari ini, baki tiket perlawanan masih boleh diperolehi menerusi pembelian atas talian http://www.tickethotline.com.my dan kaunter tiket tidak akan dibuka jika kesemua baki tiket habis dijual secara atas talian.

FAM juga telah menghantar permohonan rasmi kepada pihak Prasarana untuk melanjutkan tempoh operasi bagi LRT dan MRT ketika hari perlawanan

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam juga memberi peringatan dan kmemohon kerjasama daripada peminat bolasepak Malaysia khususnya supaya tidak menjadi ‘orang tengah’ dengan menjual tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Harimau Malaya itu kepada penyokong pasukan pelawat, Indonesia.

“Ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam stadium pada hari perlawanan, Selasa ini.

“Untuk makluman, isu ini terjadi pada perlawanan Malaysia lwn Thailand di stadium sama, Khamis lalu apabila jumlah kehadiran penyokong pasukan pelawat, Thailand adalah seramai kira-kira 5,000 orang, melebihi jumlah tiket yang telah diperuntukkan FAM kepada penyokong Thailand iaitu untuk 2,500 orang,”kata Stuart.

Untuk makluman, FAM telah memperuntukkan sejumlah 4,500 tiket bagi penyokong pasukan pelawat, Indonesia seperti mana yang dimohon oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi perlawanan Selasa ini.

Penjualan tiket bagi penyokong pelawat ini akan diuruskan sendiri oleh pihak PSSI.

 

Dalam perkembangan lain, FAM juga dikatakan telah menghantar permohonan rasmi kepada pihak Prasarana untuk melanjutkan tempoh operasi dan LRT dan MRT pada hari tersebut.

- Advertisement -