Penyerang veteran skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha sedia untuk menggalas tugas selaku penggempur utama Harimau Malaya jika diberi peranan untuk mengemudi barisan serangan ketika menentang Indonesia malam esok.

Norshahrul antara pilihan utama yang bakal dipilih oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syafiq Ahmad susulan penggantungan satu perlawanan.

 

 

‘Untuk saya, moral pasukan agak baik selepas kita menewaskan Tajikistan (pada aksi persahabatan) dan Thailand (pada pusingan kelayakan), cuma pemain tidak harus terlalu yakin untuk perlawanan esok.

“Indonesia merupakan salah satu pasukan yang agak kuat, dan kita perlu berjaga-jaga, dan sekiranya kita memberi tumpuan penuh sepanjang perlawanan malam esok, Insya-Allah kita akan berjaya,ā€ katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad kebangsaan, di venue berkenaan, hari ini.’

Malah penyerang Pahang itu juga mengharapkan kecergasannya ditahap optimum jika mahu mendapat kepercayaan Tan Cheng Hoe.

 

 

Aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang kelima merupakan aksi timbal balik diantara Malaysia dan Indonesia selepas kedua dua pasukan bertemu di Jakarta awal September lalu yang menyaksikan Harimau Malaya melakar kemenangan 3-2.

- Advertisement -