Safawi Rasid wira, Harimau Malaya kejutkan Tajikistan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/11/safawi-rasid-wira-harimau-malaya-kejutkan-tajikistan">
Twitter
Pinterest

 

 

Harimau Malaya mendapat suntikan moral menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Bukit Jalil malam tadi.

Gol tunggal perlawanan disumbang pemain sayap, Safawi Rasid di minit 73 sekaligus memastikan anak didik Tan Cheng Hoe melangkah keluar dari padang dengan ukiran senyuman.

Meskipun berdepan pasukan yang menghuni ranking 116 dunia, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tampak mampu menjana beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang Tajikistan.

Minit ke tujuh, peluang terbaik Malaysia untuk mendahuluim namun percubaan lemah pemain Selangor, Muhd Syahmi Safari yang memenangi anugerah gol terbaik ketika saingan Piala AFF 2018, dinafikan pemain pelawat, Tabrezi Davlatmir.

Pelawat tampak lebih kemas dibahagian pertahanan untuk mengekang gerakan yang seringkali dilakukan Matthew Davies, Syahmi, Akhyar Rashid dan Corbin Ong dari sebelah kiri dan kanan gawang Tajikistan.

Tuah memihak Malaysia dibabak kedua perlawanan apabila penjaga gawang Tajikistan, Ruslam Yatimov dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas didapati mengasari Syahmi Safari diluar kotak penalti.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, kubu Tajikistan tetap gah bertahan menyerap asakan Malaysia.

Safawi Rasid yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang dimasukkan menggantikan Matthew Davies bijak mencari ruang sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol gantian Shokhrukh Kirgizboev untuk menggegar gawang pelawat ketika permainan berbaki 13 minit.

Kali terakhir pemain sayap Johor Darul Takzim itu meledak gol di pentas antarabangsa ketika membelasah Timor Leste ketika pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia pula membalas dendam di atas kekalahan ke atas Tajikistan pada 2014 dimana skuad Harimau Malaya tewas 1-4 di tempat lawan,

Harimau Malaya akan mengharungi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November diikuti aksi timbal balik menentang Indonesia pada 19 November dimana kedua dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

 

Please follow and like us:
0