fa.cup.tickets

IMG-20160509-WA008

Oleh Ku Mohd Lufti  

Jualan tiket bagi aksi final Piala FA 2016 antara PKNS FC dan Johor Daru Takzim di Stadium Shah Alam habis dijual.

Kaunter tiket mula dibuka tepat jam 9 pagi dan hanya bertahan selama 20 minit sahaja sebelum tanda ‘Tiket Final FA Habis Dijual’ di tampal di kaunter tiket.

Orang ramai telahpun beratur didepan kaunter sejak jam 7 pagi lagi untuk mendapatkan tiket perlawanan yang berharga RM 50.

10 000 keping tiket perlawanan final diperuntukkan kepada PKNS FC manakala 50 000 keping diagihkan kepada Johor Darul Takzim manakala 10 000 lagi dijual secara atas talian.

Bagi setiap individu, maksimum hanya 4 keping tiket sahaja boleh dibeli.

Disebalik kerancakkan menjelang saingan final Piala FA 2016, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk mengaut keuntungan.

Senario ini bukan perkara baru di Malaysia kerana sukar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi gejala ulat tiket.

Muhd Fitrie Yasin antara yang kecewa apabila terpaksa menunggu lama untuk  beratur, namun disebabkan ulat tiket, beliau terlepas peluang untuk berada di stadium Shah Alam.

“Saya tidak tahu bagaimana ulat ulat tiket ini mendapatkan sejumlah tiket yang banyak dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga diantara RM 80, dan ada yang mencecah sehingga RM 100.” Kata Fitrie.

Sementara itu, di Larkin jualan tiket final sudahpun terjual lebih 8 ribu setakat jam 11 pagi tadi.

Dua kaunter tiket dibuka kepada orang ramai dan seorang hanya dibenarkan untuk membeli maksimum  dua keping tiket.

- Advertisement -