20160405 - Badminton Asia Kursus Tutor Tahap 1 dan 2 Badminton Asia BWF -002

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas tamat kursus Tutor Tahap Satu yang bermula dari 3 hingga 5 Mei, Badminton Asia dengan kerjasama Persekutuan Badminton Dunia BWF meneruskan kursus kejurulatihan Tahap 2 BWF.

18 penyertaan Ā diterima, dimana New Zealand dan Jordan masing masing mengekalkan peserta yang sama dari tahap 1.

Pegawai Pembangunan Badminton Asia, S Sambanthan menjelaskan kursus selama 7 hari ini berbeza dengan kursus tahap satu.

ā€œPara peserta akan diuji oleh tenaga pakar dari BWF untuk mengendalikan program latihan dengan kaedah yang lebih berkesan dan betul. Dari sebelum latihan, jenis jenis latihan sehingga sesi regangan badan selepas latihan, kesemua aspek ini akan diuji oleh tenaga pakar BWF.ā€ Kata S Sambanthan.

Tambah S. Sambanthan, matlamat ujian ini adalah untuk memastikan jurulatih benar benar faham akan pengisian yang dilakukan kepada pemain pemain selain membentuk komunikasi yang berkesan dalam menentu ukur kelemahan yang dihadapi pemain ketika sesi latihan.

ā€œAda sesetengah jurulatih hanya datang dan menjalan latihan, kemudian pergi begitu sahaja. Rutin ini tidak tepat kerana tiada interaksi diantara pemain untuk mengetahui adakah pemain faham matlamat latihan dan masalah yang dihadapiā€. Katanya lagi.

Selain New Zealand dan Jordan negara lain yang menyertai kursus seperti, Vietnam, Sri Lanka, Bhutan dan Pakistan.

Peserta yang berjaya akan diberikan sijil pengiktirafan dan memerlukan pengalaman dalam bidang kejurulatihan sekurang kurangnya 2 tahun andai mahu meneruskan kursus ke tahap 3.

- Advertisement -