AEON Credit Purple League Junior 2020 (ACPLJ 2020) akan bersambung semula secara rasminya pada hujung bulan ini bagi tempoh 4 hari, iaitu dari 31hb Mac hingga 3hb April.

Kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Kampar, Perak yang kini berada di bawah fasa PKP Pemulihan akan menyaksikan penyertaan seramai kira-kira 400 pemain yang berumur bawah 18 tahun mewakili 40 kelab dari seluruh negara.

Pertandingan ini terbahagi kepada lima kategori iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran Bawah-18 tahun dan perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran Bawah-15 tahun, yang membabitkan 10 perlawanan dipertandingkan.

Selain memenangi pingat hadiah bagi setiap naib juara acara dan pemenang separuh akhir, juara juga boleh menyumbang sebanyak tiga mata kepada kelab, dua mata untuk naib juara dan satu mata untuk pemenang separuh akhir.

Kelab dengan skor kumulatif tertinggi akan menjadi juara keseluruhan. Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan mengikut pencapaian bilangan pemenang yang tertinggi.

Sekiranya keputusan bilangan pemenang masih terikat, maka jumlah pemenang tertinggi dari separuh akhir dan kiraan permainan berikutnya akan menentukan juara gelaran.

Selain hadiah berbentuk wang tunai untuk naib juara, pemenang separuh akhir dan pasukan juara keseluruhan, juara Bawah-18 tahun juga akan mendapat peluang untuk menyertai kursus latihan intensif anjuran BAM.

AEON Credit Purple League Junior 2020 (ACPLJ 2020) pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Oktober dan November tahun lalu di empat wilayah – Kampar, Muar, Port Dickson dan Puchong.

Setiap wilayah akan diwakili oleh 16 pemenang daripada Kumpulan A & B yang akan beraksi untuk gelaran juara dalam perlawanan akhir di Putrajaya. Walau bagaimanapun, penggantungan semua aktiviti sukan di negara ini ekoran penularan pandemik pada akhir tahun lepas bermakna ACPLJ 2020 terpaksa ditunda lagi untuk jangka masa yang tidak dapat ditentukan.

Kali ini, dengan lekuk penularan COVID-19 beransur pulih, Purple League kembali untuk menyempurnakan ACPLJ 2020 yang tergendala akibat pandemik.

Seperti biasa, penganjur akan mematuhi prosedur garis panduan (SOP) yang ketat, termasuk pengasingan pemain, pengukuran suhu sebelum memasuki stadium, tiada hubungan dengan dunia luar semasa permainan, perlawanan tanpa penonton, pembasmian kuman setiap hari dan penjarakan sosial, dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pemain, pegawai dan kakitangan yang terlibat.

“Bukan mudah untuk menyingkap kembali rentak permainan yang asal,” kata Ho Khek Mong, Ketua Pegawai Operasi Purple League.

“Sejak kejohanan tahun lalu di Port Dickson, kami telah menangguhkan saingan ini beberapa kali sebelum boleh bersambung semula sekarang, selang lima bulan. Demi mengelakkan penangguhan kejohanan ini lagi disebabkan wabak, kami terpaksa menukar sistem permainan. Memandangkan keadaan pandemik bertambah baik, kami berasa lebih baik untuk selesaikan liga ini dengan secepat yang mungkin, tanpa menunggu dan melihat lagi.”

“Saya berharap agar generasi pemain muda kita akan menghargai peluang keemasan ini untuk bermain dan membuktikan bakat mereka, dan saya berharap penonton juga akan memberikan sokongan mereka kepada kami. Jangan lupa untuk mengikuti saluran rasmi Youtube kami.”

Pertandingan Purple League Junior (PLJ) yang diadakan setiap tahun ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya. Tujuannya adalah untuk mencari dan mencungkil bakat muda baru dan menyediakan platform bagi pemain-pemain untuk mempamerkan bakat mereka, mendapatkan pengalaman yang kompetitif, dan membina keyakinan diri dalam sukan badminton.

AEON Credit Service (M) Berhad telah bergabung sebagai penaja utama bagi Purple League Junior selama tiga tahun sejak 2019 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya dalam membangunkan bakat tempatan.

2020永旺信用紫盟羽联青年赛31日复赛

(吉隆坡22日讯)随着疫情好转,2020永旺信用紫盟羽联青年赛将于本月31日重启比赛,为期4天至4月3日。

这个赛事择址在复原期行动管制令(RMCO)的州属–霹雳州的金宝市举行。共有来自全马40支俱乐部近400名18岁以下的球员参加。赛事共分为18岁以下男单、男双、女单、女双、混双以及15岁以下男单、男双、女单、女双、混双共10个赛事。

除了每个项目的冠亚军及半决赛人马能够赢得奖金奖牌,冠军还能够为俱乐部贡献3分;亚军2分以及半决赛的两队1分。

累计最高分的俱乐部将成为全场总冠军。若有俱乐部的积分相同,将以冠军的数量较多的为优胜者。若数量再次打平则将计算半决赛及之后的比赛的局分,高者胜出。

这个赛事的总奖金为3万900令吉,除了各项及总冠军队伍的一万令吉奖金,18岁以下各项的冠军还能被招入由大马羽总主办的羽毛球集训营。

2020永旺信用紫盟羽联青年原本订于去年10月和11月在金宝、麻坡、波德申和蒲种四站分AB组进行区域入选赛,而每站AB组的正副盟一共16支球员将会师布城进行总决赛争夺冠军。何奈受到疫情影响,一直无法进行。

这次比赛,主办方紫盟羽联将一如既往地严格遵守政府拟定的SOP,包括将为球员们进行隔离;进场前测量体温:在比赛期间不让与外界接触;在无观众中的情况下进行;每天定时进行消毒;零距离换羽毛球等等,以确保万无一失。

紫盟羽联执行长何克望表示:“能恢复比赛实在不容易。自从去年的波德申站后,我们几度展延比赛日期,相隔了五个月才能够重赛。为了避免夜长梦多,我们只好改变赛制,在疫情好转的当儿赶快完成再静观其变。”

“希望孩子们好好珍惜这难得的比赛机会,也希望观众们多给我们支持。请大家到时候记得关注我们在Youtube的官方频道。”

一年一度的紫盟青年赛已经迈入了第六届,其宗旨是为国家青少年打造发挥才华的平台,为国家培养未来羽毛球好手。大马永旺信用公司自2019年起,便成为紫盟羽联青年赛的主要赞助商,把赞助球赛,培育当地人才作为其公司社会责任的一部分。

- Advertisement -