afc.newOleh Ku Mohd Lufti

Malaysia akan menjadi tuan rumah edisi pertama Piala Perpaduan, satu kejohanan baru yang bertujuan menyatukan pasukan bolasepak kebangsaan yang sedang dalam proses pembangunan di Asia, demikian menurut Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Kejohanan itu akan berlangsung pada November, membabitkan sembilan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan namun tidak melibatkan penyertaan pasukan negara.

Kumpulan A dianggotai lima pasukan termasuk Nepal, Pakistan dan Brunei manakala dua lagi pasukan akan ditentukan menerusi playoff – sama ada ianya Timor Leste atau Laos, dan Bhutan atau Bangladesh.

Manakala bagi Kumpulan B akan membabitkan empat pasukan iaitu Macau, Mongolia, Sri Lanka dan sama ada Maldives atau Laos yang bertemu dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 – senarai muktamad pasukan bertanding akan diketahui apabila pusingan playoff berakhir pada 11 Oktober.

“Sepertimana namanya, kejohanan ini menyatukan sekumpulan ahli gabungan kami yang mempunyai impian besar dalam satu pertandingan.

“Ini adalah satu pertandingan unik yang mana fokus adalah pada pembangunan, di mana menerusi sokongan padu dan perpaduan, ianya akan mengangkat martabat bolasepak Asia ke tahap baru,” menurut Presiden AFC, Sheikh Salman Ebrahim El Khalif dalam satu kenyataan.  

- Advertisement -