kamz1657

Oleh Ku Mohd Lufti

Penaung Persatuan Badminton Malaysia, Datin paduka Seri Rosmah Mansor berpendapat, tiada jalan mudah buat pemain pemain badminton negara dalam menuju kejayaan, khususnya di pentas Olimpik.

Beliau yakin dengan kaedah yang betul, tidak mustahil emas Sukan Olimpik mampu diraih di Tokyo, Jepun pada tahun 2020 nanti.

“Pada saya, jika kita ingin menjadi juara, tiada short cut (jalan pintas). Kita mesti bertekad untuk menang, berlatih dengan baik, displin dan mengikut arahan jurlatih, makan makanan yng baik, tidur dan rehat yang cukup.

“Dan pada pendapat saya, inilah yg akan membuat seseorang itu menjadi juara.”

“Insyaallah saya sudah bercerita dengan pemain pemain sebentar tadi, mereka akan bermain dengan baik dan berlatih dan cuba sedaya upaya utk menang bukan sahaja pingat perak, tetapi pingat emas di Olimpik Tokyo, Jepun,” kata Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Beliau hadir menyampaikan insentif daripada syarikat telekomunikasi, Celcom Axiata Berhad kepada pemain pemain badminton negara yang beraksi di Sukan Olimpik, Rio de Janeiro Ogos lalu.

Datuk Lee Chong Wei, bergu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem serta bergu campuran, Chan Peng Soon, dan Goh Liu Ying masing masing menerima insentif berjumlah RM 30 000.

RM 20 000 merupakan insentif tunai manakala RM 10 000 berupa kredit panggilan Celcom.

Manakala bergu wanita, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei serta perseorangan wanita, Tee Jing Yi turut diraikan apabila menerima insentif RM 10 000 tunai dan RM 10 000 berupa kredit panggilan.

Tambah Datin Paduka Seri Rosmah Mansor lagi, insentif yang diberikan oleh Celcom Axiata adalah baik khususnya buat pemain pemain muda.

“Saya rasa insentif seperti ini untuk pemain pemain badminton adalah baik terutama sekali pemain muda yg masuk ke dalam skuad badminton kita.

“Saya telah melihat semua permainan badminton negara kita dan mereka telah bermain dengan baik, penuh komitmen, dan juga dia punya keinginan kita boleh nampak daripada situ.

“Jadi saya rasa bila pihak Axiata memberi insentif seperti ini kepada pemain pemain yang baru walaupun mereka tidak dapat pingat, ini adalah satu insentif yang amat baik sekali,” kata Rosmah lagi.

- Advertisement -