Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan perlantikan Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Ekekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Pengumuman itu dibuat Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BAM di ABM Bukit Kiara.

“Beliau akan memulakan tugas di ABM bermula 1 Ogos selepas urusan dengan Jabatan Imigresen selesai.

“Beliau merupakan calon yang paling sesuai kerana mempunyai ciri kepimpinan yang baik dan minatnya yang tinggi terhadap sukan badminton selain menguruskan ABM dengan sebaik mungkin,”kata Norza.

Robert atau Bob Gambardella tidak asing dalam dunia sukan di Amerika Syarikat dimana beliau pernah memegang jawatan CEO interim badan induk menembak di negara itu pada Jun tahun lalu

Malah, sejak 2009 hingga 2016, Gambardella dilantik sebagai Ketua Institut Sukan Singapura dan mengendalikan pembangunan atlet negara itu.

Jaguh renang, Joseph Schooling produk paling berjaya dilahirkan dibawah kendaliannya yang berjaya merangkul pingat emas pertama untuk Singapura ketika di sukan Olimpik 2016.

Pengalamannya cukup luas di pentas Olimpik dan telah menjelajah ke pelbagai negara dimana beliau seringkali dilantik dalam jawatan kuasa Olimpik negara berkenaan untuk membangunkan atlet.

Dalam pada itu, Datuk Seri Norza turut mengumumkan pemain pemain remaja akan kembaliu menjalani latihan di ABM secara berperingkat selepas pemain pemain elit yang terlibat dibawah Program Road to Tokyo (RTT) dan pemain senior kembali ke gelanggang untuk menjalani latihan mencapai kepuasan semua pihak terutama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 

 

 

- Advertisement -