Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak merasa kecewa dengan status Malaysia mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan tahap ketiga bersama Denmark, Perancis, China dan Jepun dengan tawaran hadiah sebanyak AS$700,000 (RM3.1 juta) .

Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew menjelaskan, perbezaan tawaran hadiah menjadi punca utama Malaysia tidak tersenarai sebagai antara negara yang mendapat hak penganjuran kejohanan badminton bertaraf Grand Slam bermula tahun hadapan sehingga 2021.

Bagi Lawrence, Malaysia berasa kecewa dengan keputusan itu kerana kejohanan yang bakal dianjurkan itu tetap berada di tahap Siri Super Premier.

Malah, Malaysia turut mempunyai satu lagi kejohanan di tahap keempat yang bertaraf Grand Prix Emas dengan tawaran hadiah sebanyak AS$350,000 (RM1.55 juta), peningkatan melebihi sekali ganda berbanding hanya AS$150,000 (RM655,625) yang ditawarkan sebelum ini.

“Tiada sebab untuk kita berada kecewa, memang Malaysia tidak berada dalam senarai Grand Slam badminton kerana perbezaan jumlah hadiah wang tunai.

“Bagi saya, tawaran hadiah AS$1 juta (RM4.44 juta) merupakan satu risiko besar, memang kita kecewa sekarang ini tetapi tidak mengapa kerana kita kekal dengan status kita dan pada masa sama tidak perlu untuk kita membuat perbandingan dengan negara-negara lain,” kata Lawrence yang turut hadir di mesyuarat bersama BWF.

- Advertisement -