tony-fernandes

Oleh Ku Mohd Lufti

Susulan kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes yang berhasrat untuk bertanding kerusi utama dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin memberi pandangan agar memahami perlembangaan tentang badan induk bolasepak negara itu terlebih dahulu.

Sedia maklum Khairy tidak boleh campur tangan dalam hal hal melibat pemilihan Kongres FAM kerana mempunyai perlembangaan tersendiri, justeru, meneliti selok belok dalaman persatuan adalah penting.

“Itu terpulang pada ahli gabungan FAM dan secara jelas dalam perlembagaan ada dinyatakan kaedah pemilihan sama ada melalui pemilihan Kongres FAM dan mendapat sokongan ahli gabungan.

“Jadi kalau nak jadi Presiden FAM, perkara pertama nasihat saya kena faham perlembagaan. Kalau suruh menteri jawab itu maknanya dia tak faham perlembagaan. Menteri tak boleh tentukan sebab FAM dipilih secara demokrasi,” kata Khairy Jamaluddin

Tan Sri Tony Fernandes tidak asing dalam dunia sukan kerana beliau merupakan pemilik kelab bola sepak Inggeris Queens Park Rangers (QPR), serta pernah menubuhkan pasukan Formula One, F1 Caterham pada 2011.

 Dalam perkembangan berasingan, Khairy juga optimis kontinjen paralimpik negara mampu menyumbang pingat di Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

 Sandaran diletak menerusi acara olahraga iaitu lontar peluru, lompat jauh dan 100 meter lelaki.

Tiga atlet paralimpik yang akan menggalas cabaran tesebut ialah Ziyad Zulkifli (lontar peluru F20), Mohd Ridzuan Mohd Puzi (100m lelaki T36) dan Abdul Latif Romli bagi acara lompat jauh T20.

- Advertisement -