Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada 10 Oktober depan.

Kelibat Aidil ‘diketepikan’ Tan Cheng Hoe selepas Malaysia muncul naib juara Piala AFF pada 2018 termasuklah dua perlawanan kelayakan kumpulan G pada awal bulan ini.

Malaysia melakar kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dalam aksi pembukaan sebelum tewas 1-2 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Keputusan untuk memanggil semula Aidil dilihat susulan kegagalan barisan pertahanan yang diisi Adam Nor Azlin dan Shahul Saad mengawal jentera serangan lawan sekaligus membuka ruang kepada lawan untuk melakar jaringan.

Cheng Hoe juga menyenaraikan pemain Selangor, Abdul Halim Saari bagi kem latihan pusat yang akan bermula penghujung bulan ini.

Manakala pemain Felda United, Muhd Hadin Azman digugurkan selepas gagal memikat barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya dalam dua aksi kelayakan terdahulu.

Sebelum melayan kunjungan Vietnam di Stadium My Dinh, 10 Oktober depan, Malaysia akan mengharungi aksi persahabatan menentang Sri Lanka pada 5 Oktober.

Selepas tamat perlawanan dengan Vietnam, Malaysia akan bertandang ke gelanggang menentang Hong Kong pada 15 Oktober.

Malaysia ditangga ketiga, berkongsi tiga mata dengan pasukan tangga kedua, UAE sementara Thailand mengungguli kumpulan G dengan empat mata.

Pada masa sama, turut disenaraikan Cheng Hoe dalam senarai 25 pemain menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin depan dalam kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini adalah pemain tengah Selangor berusia 24 tahun, Abdul Halim Saari.

Sementara pemain sayap Felda United, Muhammad Hadin Azman yang gagal menampilkan prestasi memuaskan dalam dua aksi pertama pusingan kelayakan berdepan Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal bulan ini pemain tunggal digugurkan Cheng Hoe.

Sebelum aksi menentang Vietnam yang menghuni ranking ke-99 dunia di Stadium Nasional My Dinh 10 Okt ini, skuad kebangsaan akan melayani kunjungan pasukan di ranking ke-202 dunia Sri Lanka dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada 5 Okt.

Malaysia yang berjaya naik satu anak tangga di kedudukan ke-158 dunia akan berdepan pasukan ke-143 Hong Kong dalam satu lagi aksi antarabangsa Tier 1 di Stadium Hong Kong pada 15 Okt.

 

Senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 30 September 2019

 

1.MOHD FARIZAL MARLIAS – PENJAGA GOL – JOHOR DARUL TA’ZIM

2. ADAM NOR AZLIN – PERTAHANAN – JOHOR DARUL TA’ZIM

3. MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK  – PERTAHANAN – JOHOR DARUL TA’ZIM

4. LA’VERE CORBIN-ONG – PERTAHANAN – JOHOR DARUL TA’ZIM

5. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA – TENGAH – JOHOR DARUL TA’ZIM

6. MUHAMMAD SAFAWI RASID – SAYAP – JOHOR DARUL TA’ZIM

7. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID – SAYAP – JOHOR DARUL TA’ZIM

8. MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD – PENYERANG – JOHOR DARUL TA’ZIM

9. SHAHRUL MOHD SAAD – PERTAHANAN – PERAK

10. MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI – PENYERANG – PERAK

11. MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY – PENJAGA GOL – PERAK

12. NAZIRUL NAIM CHE HASHIM – PERTAHANAN – PERAK

13. BRENDAN GAN – TENGAH – PERAK

14. J. PARTIBAN – SAYAP – PERAK

15. MATTHEW DAVIES – PERTAHANAN – PAHANG

16. MOHAMADOU SUMAREH – SAYAP – PAHANG

17. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH – TENGAH – PAHANG

18. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA – PENYERANG – PAHANG

19. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI – PERTAHANAN – SELANGOR

20. ABDUL HALIM SAARI – TENGAH – SELANGOR

21. MUHAMMAD AKRAM MAHINAN – TENGAH – PKNS FC

22. MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM – PENYERANG – FELDA UNITED

23. MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM – PENJAGA GOL – KEDAH

24. MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA – PERTAHANAN – KUALA LUMPUR

25. DOMINIC TAN JUN JIN – PERTAHANAN – POLICE TERO FC

 

- Advertisement -