Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim berada di dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Beliau yang senang dengan nama cikgu Poad dimasukkan ke wad ICU kira kira jam 11 pagi tadi dan diberikan rawatan intensif dan ditidurkan oleh doktor bagi memudahkan rawatan di paru-paru serta dadanya.

Atlet yang berlatih dibawah Poad, Khairul Hafiz Jantan berkata sebelum ini jurulatihnya dimasukkan ke hospital dan dibenarkan keluar, namun terpaksa dimasukkan semula ke hospital dua hari lepas.

Khairul Hafiz Jantan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA ke 29 bagi acara 100 meter menghentikan latihannya di Cameron Highland dan kini dalam perjalanan ke Johor untuk melawat Poad.

 

- Advertisement -