Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerusi satu sidang media bersama Presiden, Dato’ Sri Subahan Kamal telah mengumumkan En. Chris Ciriello selaku pakar yang akan membantu mempertajamkan lagi Pukulan Sudut Penalti Negara.

Untuk fasa pertama, En. Chris Ciriello akan menjalankan sesi latihan pada 15 hingga 18 Mac (Rabu hingga Sabtu) bersama barisan pemain Skuad Projek Lelaki Kebangsaan, Skuad Wanita Kebangsaan dan barisan Ketua Jurulatih Remaja Negeri Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP).

Bagi program bersama Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN), pendedahan yang akan diberikan akan melibatkan hampir 30 jurulatih sekitar Lembah Klang pada Sabtu (18 Mac) jam 8.30 pagi.

Sesi latihan bersama  Skuad Projek Lelaki Kebangsaan, Skuad Wanita Kebangsaan ini akan berterusan untuk lima hingga enam sesi sebelum bermulanya Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2023.

En. Chris Ciriello merupakan bekas pemain kebangsaan Australia yang telah membantu pasukannya meraih pingat Emas di Piala Dunia The Hague pada 2014 dan beliau juga telah menjaringkan tiga gol hasil tiga pukulan sudut penalti yang dimiliki pada aksi final.

Sepanjang 199 penampilan bersama Australia, beliau telah menjaringkan 116 goal selain meraih dua pingat gangga di Sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Olimpik Rio De Janeiro Brazil pada 2016.

Selain itu, En. Chris Ciriello juga merupakan bekas Penolong Jurulatih merangkap Pengurus Pasukan Skuad Senior Lelaki India pada Januari 2018 hingga May 2021.

- Advertisement -