Pengendali Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Wallace Tan hari ini menamakan 27 pemain yang akan terus bersama skuad bimbingannya termasuk membariskan empat muka baru menerusi satu pengumuman yang telah dilakukan secara langsung di laman sosial Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Berdasarkan senarai yang telah diumumkan, empat pemain iaitu Muhammad Amir Muhaimin Ahmad Mustaqiem (penjaga gol), Zulfitri Md Zin (pertahanan), Granson Noel Goden (penyerang) dan Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee (penyerang) merupakan empat wajah baru yang mendapat panggilan kali pertama untuk menyertai pasukan kebangsaan.

Pengumuman yang dilakukan oleh Pengurus Pasukan, I. Vikneswaran dan turut dihadiri oleh Penolong Jurulatih, Megat Azrafiq Megat Termizi itu menyaksikan slot bagi penjaga gol diisi oleh empat pemain, lapan pemain di bahagian pertahanan, lapan pemain mengisi posisi tengah dan tujuh lagi merupakan pemain di bahagian serangan.

Mengulas mengenai pemilihan pemain, Pengendali Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaa, Wallace Tan menjelaskan beberapa faktor telah diambil kira dalam memilih pemain termasuk keputusan untuk menyerap empat muka baru ke dalam skuad kebangsaan selain melihat penangguhan Kejohanan Piala Remaja Asia 2021 sebagai kelebihan buat pasukannya.

“Berdasarkan senarai 27 pemain, rata-rata mereka adalah pemain yang telah bersama pasukan sebelum ini dan menjalani latihan bersama kami jadi penilaian terhadap mereka telah lama dilakukan. Antara yang kami barisan kejurulatihan nilai adalah sikap mereka, disiplin, kerjasama mereka dalam pasukan, usaha keras yang ditampilkan serta skil yang dimiliki.

“Setiap pemain telah dinilai selain kami melakukan pemerhatian mengenai persembahan mereka ketika Piala Tun Abdul Razak yang lepas dan mereka telah menampilkan aksi yang menggalakkan jadi kami menyerap mereka ke dalam pasukan kebangsaan untuk penilaian lebih menyeluruh dilakukan.

“26 pemain berada dalam tahap kecergasan yang terbaik hanya Muhammad Amirul Hamizan Azahar yang mengalami kemalangan baru-baru ini masih di dalam tempoh rawatan pemulihan dan akan mengambil sedikit masa untuk kembali pulih.

“Kejohanan Piala Remaja Asia telah ditangguhkan dan tarikh baru kejohanan masih belum dimuktamatkan. Melihat daripada sudut lain, penangguhan tersebut sedikit sebanyak membantu pasukan terutamanya kepada pemain-pemain baru dan ia mungkin kelebihan untuk Amirul Hamizan juga kerana mempunyai masa yang cukup untuk kembali pulih sebelum kejohanan berjalan.

“Buat masa ini tiada makluman terkini daripada Persekutuan Hoki Asia (AHF) mengenai peraturan had umur dan sekiranya kejohanan berlangsung selepas suku pertama tahun 2021, pemain berusia 21 tahun tidak dibenarkan untuk beraksi pada kejohanan tersebut, ia bukan satu halangan buat pasukan kerana kami mempunyai barisan pemain lain yang masih boleh mengambil bahagian pada kejohanan itu nanti,” jelasnya.

 

Berikut merupakan senarai pemain terpilih untuk bersama Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan. (NAMA/POSISI/UMUR)

1. CHE SHAHRUL AZMI BIN CHE SAUPI PENJAGA GOL 19

2. MUHAMMAD HAMIZ B. MOHD AHIR PENJAGA GOL 20

3. MOHD AIDIL B. MOHD SHAH PENJAGA GOL 21

4. MUHAMMAD AMIR MUHAIMIN B. AHMAD MUSTAQIEM PENJAGA GOL 19

5. MUHAMMAD NUR ASYRAF B. ISHAK PERTAHANAN 21

6. MUHAMMAD SAIFUDDIN B. ALI PERTAHANAN 20

7. MUHAMMAD FAHMI B. KHALID PERTAHANAN 19

8. IDRIS B. SAMAD PERTAHANAN 21

9. ZULFITRI B. MD ZIN PERTAHANAN 20

10. MUHAMMAD KAMARULZAMAN KAMARUDDIN PERTAHANAN 20

11. MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN B. AZAHAR PERTAHANAN 20

12. ADAM AIMAN BIN MAMAT PERTAHANAN 21

13. SHELLO SILVERIUS TENGAH 21

14. MUHAMMAD SHAFIQ B. HASSAN TENGAH 21

15. MUHAMMAD NURSYAHMI B. ZUKIFLI TENGAH 21

16. NASRUL SYAHKHIR BIN SADIKUL TENGAH 19

17. MUHAMMAD SYAWAL B. ABD RAZAK TENGAH 19

18. MUHAMMAD HAFIZI BIN ZAINUDDIN TENGAH 20

19. ALFARICO LANCE LIAU JR TENGAH 18

20. MUHAMMAD IZHAM B. AZHAR TENGAH 21

21. GRANSON NOEL GODEN PENYERANG 19

22. MUHAMMAD MUHIBUDDIN B. MOHARAM PENYERANG 20

23. MUHAMMAD AMIRUL HANIFF BIN MAMAT PENYERANG 17

24. MUHAJIR BIN ABDU RAUF PENYERANG 20

25. MOHAMAD SHAMIR RIZMI B. MOHD SHAMSUL PENYERANG 18

26. MOHAMAD AKHIMULLAH B. ANUAR ESOOK PENYERANG 20

27. MUHAMMAD ABID SUFIAN B. MAT RUSLEE PENYERANG 20 

- Advertisement -