rioOleh Ku Mohd Lufti

Sejarah dilakar buat pertama kali dalam penyertaan sukan Olimpik apabila Malaysia menghantar wakil bagi sukan golf.

Juara Jelajah Asia dua kali, Danny Chia, Gavin Kyle Green merupakan dua wakil bagi kategori lelaki selepas masing masing menduduki tangga ke 46 dan 60 dalam senarai akhir yang dikeluarkan Persekutuan Golf Antarabangsa (IGF) semalam.

Danny dan Gavin dipilih selepas berjaya menduduki 60 terbaik sekaligus layak ke Sukan Olimpik Rio secara merit.

Selain Danny dan Gavin, Malaysia juga bakal menghantar wakil bagi kategori wanita, Kelly Tan dan Michelle Koh.

Kelly Tan menduduki ranking ke 35 manakala Michelle Koh berada di ranking ke 57 dunia.

Sukan golf yang kembali dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar dunia itu selepas 112 tahun, hilang sedikit sinarnya apabila empat pemain terbaik dunia termasuk pemain nombor satu dunia lelaki, Jason Day Australia menarik diri kerana risiko virus Zika.

Turut menarik diri ialah pemain nombor dua, Dustin Johnson dan nombor tiga Jordan Spieth dari Amerika Syarikat serta pemain nombor empat Rory McIlroy dari Ireland Utara.

- Advertisement -