Zaidatul Husniah
Zaidatul Husniah

Oleh Muhammad Aiman

Kontijen negara mencipta kejutan di lapangan olahraga Sukan Universiti Asia (AUG) Singapura 2016 apabila meraih gelaran berganda raja dan ratu pecut masing-masing menerusi pelari pecut Jonathan Nyepa (gambar utama) dan Zaidatul Husniah Zulkifli.

Bagi acara 100m lelaki, meskipun menerima saingan dari tiga pelari Sukan Sea, Jonathan yang memenangi pingat perak di Palembang dua tahun lalu, melakar catatan 10.62s untuk muncul pemenang pingat emas di Stadim Choa Cho Kang.

Pingat perak menjadi milik pelari Vietnam, Le Tronh Hinh (10.66s) dan penyandang gelaran, Ikhwandi Iswandi pula sekadar berpuas hati meraih gangsa dengan catatan 10.75s.

Pelari kelahiran Sarawak yang mempunyai catatan masa terbaik perbadi 10.55s itu nyata terkejut dengan kemenangan ini.

ā€œMemang tidak menduga untuk menang kerana Iswandi menang di Palembang dua tahun lalu dan merupakan pilihan. Saya cuma sasarkan mahu perbaiki catatan masa peribadi terbaik di sini, lagipun sebelum perlumbaan saya mengalami demam dan selsema.

ā€œApapun saya gembira dengan kemenangan ini dan berharap dapat merangkul gelaran berganda dengan mempertahankan emas acara 200m yang akan berlangsung esok (Jumaat).ā€

Acara 100m wanita pula menyaksikan Zaidatul yang layak ke Sukan Olimpik Rio De Janeiro menerusi tiket wildcard, menepati ramalan dengan meraih emas setelah melakar 11.94s, mengatasi pelari dari Indonesia dan Vietnam.

Begitupun, catatan masa itu masih terlalu jauh dari rekod peribadi 11.62s miliknya yang dilakukan dalam laluan meraih pingat perak di Palembang 2014.

ā€œSaya datang ke sini dengan sasaran mahu perbaiki catatan masa peribadi sebagai persiapan untuk ke Rio, tetapi gagal melakukannya. Mungkin juga kerana saingan kurang sengit tanpa pelari Thailand,ā€ katanya.

Sementara itu, hasrat menyaksikan atlet lompat kijang Hakimi Ismail untuk menambah pungutan emas tidak kesampaian apabila pemegang rekod kebangsaan itu yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali kiri sekadar berpuas hati dengan perak setelah melakukan lompatan sejauh 14.67m.

Malaysia turut menambah satu lagi perak menerusi K.Prakash (lompat tinggi) dengan lompatan setinggi 2.00m selain satu gangsa menerusi Saidatul Izzati Suhaimi (lari berpagar 400m).

- Advertisement -