• Chelsea, Manchester United dan Juventus bersaing untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Itali, Federico Chiesa yang kini beraksi untuk Fiorentina. Nilai perpindahan pemain berusia 22 tahun itu dianggarkan sekitar £60 juta.

 

  • Manchester United memberi bayangan akan mencari pengganti Victor Lindelof di posisi pertahanan selepas meragui kemampuan pemain itu. Pemain Real Valladolid, Mohammed Salisu antara pilihan yang ada.

 

 

 

  • Selain Chelsea, Manchester United turut meluahkan hasrat untuk bertarung bagi membawa Sergej Milinkovic-Savic ke Old Trafford bagi mengukuhkan posisi tengah.

 

 

 

  • Pemain tengah Juventus berusia 30 tahun, Miralem Pjanic bersetuju untuk berhijrah ke Barceloba musim depan

 

 

 

  • Barcelona berusaha keras untuk mendapatkan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez dan bersedia untuk meletakkan mana mana enam pemain termasuk pertahanan Samuel Umtiti sebagai pertukaran.

 

 

  • Pemain Inter Milan, Christian Eriksen menghadapi kesukaran untuk mencari kediaman sejak Januari selepas berhijrah dari Sprus, malah pemain berusia 28 tahun itu tinggal di komplek latihan sepanjang tempoh perintah kawalan.

 

  • Kelab Ligue 1 Lyon bersedia untuk berbelanja besar bagi membawa masuk empat pemain pertahanan yang telahpun dikenalpasti.

 

- Advertisement -