Barcelona mula resah apabila bintangnya, Lionel Messi masih belum memberi kata putus berhubung masa depannya bersama The Catalan. Kontrak pemain berusia 33 tahun itu akan tamat penghujung bulan ini.

 

Manchester City sanggup untuk menunggu setahun lagi bagi membawa masuk penyerang baharu jika hasrat untuk mendapatkan Harry Kane daripada Tottenham Hotspurs tidak menjadi kenyataan.

 

Keputusan Man City untuk menjadikan Raheem Sterling sebahagian daripada pertukaran untuk mendapatkan Harry Kane bagaimanapun tidak disenangi pemain sayap England itu

 

Wakil pemain tengah Everton, James Rodriguez telah membuat tawaran kepada Real Madrid, Atletico Madrid, AC Milan dan Napoli. Pemain berusia 29 tahun itu dilapor sudah bersedia untuk meninggalkan The Toffees selepas Carlo Ancelotti kembali semula ke real Madrid.

 

Sergio Ramos hampir pasti ke Paris St Germain selepas gergasi Ligue 1 itu telah menghubungi pemain berusia 35 tahun itu. Kontrak beliau bersama Real Madrid akan tamat penghujung bulan ini selepas pemain pertahanan itu tidak mahu meneruskan kariernya bersama The Galaticos.

 

PSG juga dilaporkan bersetuju dengan tawaran yang diletakkan kelab Serie A, Inter Milan yang menetapkan nilai perpindahan sebanyak £59.8 juta termasuk tambahan bonus untuk mendapatkan pertahanan, Achraf Hakimi. Chelsea juga sedang berusaha untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun ini.

 

Chelsea memulakan perancangan untuk mencabar Manchester City bagi mendapatkan pemain tengah Aston Villa Jack Grealish. The Blues juga merancang untuk mendapatkan penyerang Villareal, Gerard Moreno sebagai alternatif jika misi mereka untuk membawa pemain Borussia Dortmund Erling Braut Haaland tidak menjadi kenyataan

 

Bintang muda PSG dalam pada itu, Kylian Mbappe berhasrat permintaannya agar dilepaskan daripada kelab itu selepas kontraknya tamat penghujung musim depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- Advertisement -