Norizman celebrating his UB130 win in Thailand

Norizman Ismail menghadiahkan kejayaan memenangi perlumbaan Underbone 130cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Thailand, semalam sebagai hadiah bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara yang ke-58, hari ini.

Pelumba Honda itu mempamerkan aksi terbaik apabila muncul juara pada Perlumbaan 2 menewaskan pendahulu keseluruhan, Gupita Kresna Wardhana sekaligus merapatkan jurang kepada 33 mata dalam senarai keseluruhan Underbone 130cc.

Kejayaan itu juga memberi makna buat Norizman setelah dia mengalami kesukaran pada Perlumbaan 1 yang menyaksikan dia terpaksa beraksi dengan masalah kotak gear jentera namun masih berupaya menamatkan saingan di tempat ke-10.

“Kemenangan ini amat bermakna buat pasukan terutama bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara. Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi negara ketika ini terutama  dari segi ekonomi dan politik, kemenangan ini saya hadiahkan khas buat Malaysia,” jelas Norizman bersemangat.

Mengulas tentang kemenangan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Norizman berkata, “Perlumbaan minggu ini sangat mencabar. Kami hadir ke Thailand dengan keyakinan yang tinggi namun dikecewakan dengan masalah kotak gear pada Perlumbaan 1, masalah yang sama sekali di luar jangkaan kami.

” Kami terpaksa mengambil risiko apabila memilih menggunakan pelarasan serupa dengan Perlumbaan 1. Agak memeranjatkan apabila jentera saya begitu kompetitif dan membantu saya untuk memenangi perlumbaan.”

Bercakap tentang peluang untuk memenangi gelaran, Norizman berkata, “Masih ada 100 mata untuk dimenangi pada baki perlumbaan akan datang, jadi peluang masih ada. Saya perlu menamatkan perlumbaan di atas podium sebanyak mungkin, dan paling penting di hadapan Gupita. Jika kami mampu melakukannya, saya yakin penentuan gelaran juara akan ditentukan pada pusingan terakhir Disember nanti.”

 


‘THIS IS FOR YOU MALAYSIA,’ NORIZMAN
 
Norizman Ismail dedicated his victory in the Thai edition of the FIM Asia Road Racing Championship to Malaysia, in conjunction with its 58th National Day today.
 
The Honda-man delivered a masterclass ride on Sunday to win a frantic Race 2 for the Underbone 130cc series, slashing championship leader, Gupita Kresna’s lead to 33 points with four races remaining. Norizman is currently ranked second overall in the standings with 118 points.
 
The success came as a huge relief for Norizman following a difficult Race 1 where he endured a 9-lap battle with a malfunctioning gearbox. Even so, that did not stop him from finishing the race with six championship points (10th).
 
“This win is very special for the team because it coincides with our National Day. The country is going through difficult times, politically and economically so this is for you Malaysia,” said an elated Norizman.
 
Norizman went on to reflect on his outing at the Chang International Circuit and commented, “This weekend has been an uphill battle. We arrived full of confidence but we were hit by a faulty gearbox in Race 1, something beyond our control.
 
“And we took a huge gamble in Race 2, using the same setup from Race 1. Surprisingly the bike was very competitive and it allowed me to take the chequered flag.”
 
He went on to talk about his title hopes and said, “With 100 points up for grabs, I need to finish on the podium consistently ahead or as close as possible to Gupita. If we can do that, I believe we have a strong chance to fight for the championship at the grand finale this December.”
- Advertisement -