s247soccer_038 (1)SKUAD Harimau Malaya membuktikan bahawa mereka masih berbisa walaupun gagal melayakkan diri ke cabaran Piala Asia 2015 setelah mengalahkan Yemen 2-1 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan D yang berlangsung di Stadium Tahnon Bin Mohamed, Al-Ain City, Dubai.

Pasukan kendalian jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah, Amirizwan Taj Tajudin diarah keluar padang setelah dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Yemen, Sadam Hussein pada minit ke-10.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah yang dihadiahkan sepakan penalti gagal menggunakan peluang itu apabila sepakan lemah yang dilakukan Wahid Mohammed Al-khyat dengan mudah diselamatkan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-11.

Penyerang berbisa negara, Amri Yahyah meledakkan gol pertama Negara menerusi tandukan ke gawang gol pada minit ke-16.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila menafikan cubaan Sadam Hussein pada minit ke-32.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, pasukan Yemen yang beraksi dalam keadaan tertekan setelah ketinggalan 1-0 menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerangnya Mohammed Al-Sarori pada minit ke-60 hasil hantaran pendek kapten pasukan, Ala Mohammed Abdullah Al-Sasi.

Kegembiraan Yemen tidak kekal lama apabila penyerang negara, Ahmad Fakri Shaarani menjaringkan gol kemenangan negara pada minit ke-76.

Usaha Yemen melakukan beberapa serangan bagi mencari gol penyamaan tidak berhasil apabila penjaga gawang negara, Khairul Fahmi bertindak pantas mematahkan serangan lawan.

- Advertisement -