mas.timor

Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia melakar kemenangan 3-0 ke atas Timor Leste dalam aksi play off kedua sekaligus menghidupkan peluang untuk ke Piala Asia 2019 dengan kemenangan aggregate 6-0.

Gol pertama hadir menerusi pemain kacukan Malaysia – New Zealand, Khair Jones di minit ke 16 selepas bijak menyambat hantaran S Kunalan.

Kelebihan gol pembukaan Malaysia kemudiannya digandakan penyerang Selangor, Ahmad Hzawan Bakri yang menanduk masuk hantaran silang Azif Nasrulhaq pada minit ke 58 untuk kedudukan 2-0.

Jaringan tersebut seakan akan mematahkan semangat juang Timor Leste kerana perlu mencari 5 gol untuk menafikan impian Malaysia ke Piala Asia 2019.

Pemain gantian, S Chanturu melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaysia dengan gol ketiga di minit ke 68 susulan hantaran S Kunalan.

Jaringan Malaysia seharusnya lebih dari tiga gol, namun peluang peluang terhidang didepan gawang gagal dimanfaatkan Amirul Hadi Zainal.

Undian pusingan ketiga melibatkan 24 pasukan yang layak untuk memburu 12 slot terakhir akan diadakan pada September.

- Advertisement -