tot.2016

Oleh Ku Mohd Lufti

Pakar pecut pasukan Terengganu Cycling, TSG Mohd Harrif Salleh kembali menyengat apabila menjuarai peringkat ketiga dari Sakon Nakhon ke Bueng Kan dengan jarak perlumbaan kedua terpanjang, 194 Kilometer

Henjutan Harrif mencatat masa 4 jam, 24 minit 35 saat, mengecewakan pelumba tuan rumah, Thanawut Sanikwathi  dan Nguyen Thanh Tam dari Vietnam yang berpuas hati ditempat kedua dan ketiga.

Seorang lagi pelumba TSG yang juga abang kepada HArrif , Mohd Zambri Salleh menduduki tangga keenam.

Kemenangan itu meletakkan Harrif ditangga keempat dalam senarai glaran raja pecut dengan 22 mata berjaya diraih, dibezakan 13 mata dengan dahulu yang kini dipegang pelumba pasukan Aisan Racing, Shiki Kuroeda.

Peringkat keempat, perlumbaan akan bermula dari Bueng Kan, menuju  ke Nong Khai dengan jarak 137 Kilometer.

- Advertisement -