Azrif.JDT

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada waktu rehat yang panjang buat pasukan pasukan di Liga Malaysia apabila saingan Liga Super kembali semula esok.

Perlawanan tumpuan pastinya di selatan tanahair melibatkan pertemuan diantara tuan rumah, Johor Darul Takzim dan Kedah.

JDT yang terlepas peluang untuk meraih tiga mata dalam saingan Piala Malaysia bagi aksi kumpulan C, pastinya tidak rela tercicir mata ke atas Lang Merah.

Disebalik cerita pengumuman persaraan daripada arena antarabangsa, skuad kendalian Mario Gomez diperkuat dengan kehadiran bekas tonggak pertahanan kanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq.

Sementara itu saingan di Shah Alam juga tidak kurang menarik…

Zainal Abidin Hassan seakan akan menyembunyikan kegusarannya susulan ketiadaan Azrif, malah, The Red Giants juga dijangka mengenepikan kapten, Muhd Shahrom Abdul Kalam.

Kemenangan ke atas Kuala Lumpur pastinya menjadi tonik terbaik buat anak didik Zainal Abidin Hassan ketika melayan kunjungan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sekaligus mengekalkan kemenangan kedua berturut turut di Shah Alam minggu ini.

Dengan 22 mata berjaya diraih selepas tamat separuh masa pertama musim 2016, Selangor nyata memerlukan kemenangan untuk mengurangkan defisit mata ke atas dua pasukan teratas, Felda United (28 mata) dan pendahulu liga, JDT (30 Mata).

- Advertisement -