Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mendapat suntikan semangat susulan prestasi yo yo sebelum ini apabila menempah slot ke final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas BWF Terbuka Taiwan pada Sabtu.

Meskipun bergelut diawal set, namun pemain berusia 17 tahun ini bangkit dengan aksi yang lebih kemas ketika berdepan wakil Jepun, Haruko Suzuki diperingkat separuh akhir.

46 minit diperlukan Jin Wei untuk melakar kemenangan straight set 21-16, 21-17 untuk mengesahkan slot ke pentas akhir.

Pemain kelahiran Bukit Mertajam ini akan bertemu seorang lagi pemain Jepun, Saena Kawakami yang menundukkan rakan senegaranya, Natsumi Shimoda 21-8, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dalam pada itu, tuah tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia selepas tewas di tangan pemain tuan rumah dan juga pilihan utama kejohanan, Chou Tien Chen.

Namun, pujian harius diberikan kepada pemain berusia 19 tahun ini kerana Berjaya mengheret permainan ke rubber set sebelum tewas kepada pemain ranking keenam dunia itu, 15-21, 21-10 dan 12-21 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 51 minit.

Turut tersingkir bergu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen selepas tewas juga dalam pertarungan tiga set,14-21, 21-19 dan 13-21 kepada beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan, Chen Hung Ling-Wang Chi-lin. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -