Pemain sayap PJ City FC, V. Ruventhiran menyifatkan kewujudan Liga Simpanan yang menjadi pentas kepada pembangunan pemain B-23 bermula musim depan adalah langkah tepat untuk meningkatkan kualiti pemain muda dengan lebih baik.

Namun begitu, dia juga tetap ingin bersaing untuk memastikan tempat di pentas Liga Super dan dengan adanya Liga Simpanan ini akan menjadikan setiap pemain muda lebih berdaya saing untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Apa yang penting untuk pemain berusia 21 tahun ini adalah minit permainan yang diperlukan dalam setiap perlawanan dan Liga Simpanan adalah pentas yang terbaik untuk mereka lebih menonjol dalam mempertaruhkan aksi.

ā€œSaya rasa ini akan menjadi lebih sengit antara kita semua dan saya akan terus bekerja keras selagi diperlukan.

ā€œDan takkan saya nak sentiasa di Liga Simpanan, mesti saya nak bersaing untuk naik ke Liga Super juga dan lagi sengit persaingan, lagi tinggi usaha perlu dilakukan.

ā€œJadi apabila pemain-pemain ini lebih banyak memperbaiki diri, bola sepak tempatan juga mesti akan lebih maju dan semua akan dapat minit permainan yang cukup.

ā€œItu yang paling penting sebenarnya dan sekarang pun lapan pemain muda dah boleh main, jadi dari situ minit permainan juga akan dapat lebih, jurulatih pun senang nak nampak pemain mana yang boleh beraksi atau tidakā€, jelasnya yang berjaya menyarung jersi kebangsaan di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon.

Sementara itu, penyerang muda Sabah FC, Azhad Harraz Arman pula berpendapat pemain-pemain muda yang masih baru ingin menyesuaikan diri akan lebih berkeyakinan apabila mereka beraksi di pentas Liga Simpanan terlebih dahulu.

Bahkan, penyerang berusia 19 tahun ini juga menganggap cabaran lebih besar di atas padang akan memberikan impak positif kepada pemain muda apabila pasukan Liga Super turut dibenarkan untuk menyenaraikan lima pemain lebih umur termasuk pemain import dalam Liga Simpanan.

ā€œLangkah ini sesuatu yang baik untuk semua pemain dan mereka yang berumur bawah 23 tahun dari Liga Super masih boleh bermain penuh di Liga Simpanan.

ā€œJadi, kita akan dapat lebih minit permainan dan dari situ tahap keyakinan kita juga akan lebih tinggi untuk merebut tempat di Liga Super.

ā€œApabila ada pemain lebih umur dan import yang turut bermain, ia cukup bagus sebab sekurang-kurangnya akan ada saingan lebih tinggi.

ā€œSebenarnya, bagi saya kalau kita betul-betul nak bermain, ada import atau tiada import, kita mesti akan dapat juga peluang ituā€, katanya.

Sementara itu, penjaga gol KL City FC, Muhammad Azri Abdul Ghani, berpandangan yang sama apabila berasakan pemain-pemain muda pada musim depan lebih beruntung kerana mendapat ruang minit permainan yang tinggi selain bersetuju kehadiran tiga pemain senior.

” Liga Bawah 23 tahun (Liga Simpanan) ini sebenarnya bagus untuk pemain-pemain muda kerana kita tahu agar sukar buat pemain Bawah 23 tahun untuk beraksi.

” Macam saya sendiri, hendak main di Liga Super memang susah dan agak beruntung jika ada liga untuk 23 tahun pada musim depan kerana boleh dapat minit bermain.

” Saya juga melihat ada bagusnya Liga Simpanan dibarisi beberapa pemain senior kerana boleh membantu perkembangan pemain muda.

” Jika Liga Simpanan ini hanya dibarisi semua pemain muda sahaja, permainan mereka tidak berkembang kerana usaha untuk tingkatkan lagi tahap permainan pasti tidak akan ada,” katanya.

Manakala pertahanan Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar melihat Liga Simpanan akan menjadi saingan yang kompetitif dengan kehadiran tiga pemain import.

” Bagi saya Liga Simpanan ini banyak kebaikan kerana dari segi kompetitif, pemain muda akan mendapat pendedahan yang baik kerana adanya pemain import.

” Saya setuju mengenai kewujudan Liga Simpanan kerana boleh berikan saya lagi minit permainan jika tidak dapat beraksi di Liga Super.

” Namun, saya masih tekad untuk terus berikan saingan kepada pemain import serta pemain senior lain,kalau tiada peluang sekurang-kurangnya saya boleh bermain di Liga Simpanan.

Terdahulu, Malaysian Football League (MFL) melakukan penstrukturan semula Liga Malaysia 2023 termasuklah dengan mewujudkan Liga Simpanan (Reserve League).

Setiap pasukan Liga Super juga akan dibenarkan untuk menyenaraikan lima(5) pemain lebih umur dalam Liga Simpanan tetapi hanya tiga (3) pemain lebih umur termasuk import (maksimum dua (2) pemain) dibenarkan beraksi di atas padang bagi menjamin minit permainan untuk sekurang-kurangnya lapan (8) pemain tempatan B-23 pada setiap masa

- Advertisement -