3x3_a2

Oleh Ku Mohd Lufti

Cyberjaya bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Keranjang FIBA Asia 3×3 Bawah 18 Tahun bermula 22 hingga 24 Julai depan.

12 pasukan lelaki dan wanita akan mengambil bahagian bgi edisi kedua ini selepas Bangkok, Thailand menjadi tuan rumah edisi pertama pada 22 hingga 24 mei 2013 menyaksikan Filipina dan Taiwan masing masing mengungguli kategori lelaki dan wanita.

Kejohanan ini anjuran Persekutuan Antarabangsa Bola Keranjang (FIBA) dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) adalah pertama kali diadakan di Malaysia.

MABA mengikat kontrak untuk menjadi tuan rumah kejohanan iniuntuk tahun 2016 dan 2017 dan bagi tahun ini, kejohanan akan diadakan di kompleks membeli belah Gems In, Cuberjaya.

Pengarah Urusan NBL Asia, Tan Kee Hian berkata, pihaknya teruja untuk membawa kejohanan ini ke Malaysia.

“Ia adalah usaha bersama pelbagai pihak dan kami gembira untuk bekerjasama dengan FIBA. Kami juga akan meletakkan usaha yang terbaik untuk menjadikan pertandingan ini berjaya dan mengharapkan peminat bola keranjang tempatan datang untuk memberi sokongan kepada peserta peserta.” Kata Tan Hee Kian.

Kejohanan ini juga bakal menjadi tumpuan selepas juara kategori lelaki, Qatar turut mengesahkan penyertaan.

Selain Qatar turut mengesahkan penyertaan bagi kategori lelaki adalah Jepun, Indonesia, Singapura, Vietnam, Sri Lanka, Kyrgyzstan, Korea Selatan serta Malaysia.

Manakala kategori wanita pula akan disertai Malaysia, Qatar, Jepun, Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, Sri Lanka, Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

- Advertisement -