Photo : BG Pathum United

 

Penyerang kelahiran Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha seakan akan ditipu apabila ejen yang membawanya ke Thailand dikhabarkan ‘lesap’.

Laporan media tempatan, Mat Yo cuba menghubung ejennya, Abdul Halim Shukor yang membawa penyerang kebangsaan itu untuk menyertai kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United, namun gagal.

Norshahrul memerlukan khidmat nasihat daripada Abdul Halim ketika liga di negara itu dihentikan seketika susulan pandemik Covid 19.

Musim 2020, Norshahrul Idlan Talaha memutuskan untuk berhijrah ke liga luar negara selepas menyumbang kudrat bersama sama pasukan seperti Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu, Felda United, Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang.

Penyerang berusia 34 tahun itu turut menjelaskan latihan diteruskan bersama sama kelab dan kaedah pemotongan gaji juga dalam perbincangan susulan penangguhan liga.

Dalam pada itu, ‘perang’ mula tercetus melibatkan Mat Yo dan ejennya selepas rintihan kehilangan ejen disiarkan di media massa Malaysia.

Photo : BG Pathum United

PERANG ‘TIGA PENJURU’?

Abdul Halim Shukor bagaimanapun tampil memberikan penjelasan beliau tidak menghilangkan diri sebaliknya turut tidak berpuas hati dengan tindakan Mat Yo dan pengurusan di Thailand.

Menerusi laporan media tempatan, Halim yang juga Pengarah Urusan Ofsaid Sport mendedahkan, Norshahrul telah menghubungi ejen di Thailand, Pro24 sebelum menggunakan syarikatnya.

Pergolakan itu menyebabkan pihaknya dan Pro 24 sedang ‘bertelagah’ dan turut melibatkan Persatuan Bolasepak Thailand (FAT).

Halim turut menjelaskan alasannya untuk tidak berhubung dengan Mat Yo atas nasihat perundangan dan masih menanti perkembangan kes ini.

Beliau juga menambah, tidak menerima sebarang bayaran sebagai ejen daripada kelab BG Pathum United berikutan kes yang masih dalam siasatan.

Semakan menerusi laman web https://www.transfermarkt.com/norshahrul-idlan/leistungsdatendetails/spieler/69312/wettbewerb/THA1/saison/2019  , Norshahrul Idlan Talaha diletakkan dibawah ejen Pro24 Sports Management.

 

Mat Yo diletak untu bermain di posisi sayap kiri telah membuat dua penampilan ketika BG Pathum United menang 2-1 ke atas Muangthong United pada 15 Februari dan seri tanpa jaringan menentang PT Prapchuap FC pada 22 Februari.

Manakala perlawanan menentang Polis Tero FC pada 26 Februari, beliau hanya memanaskan bagku simpanan dan tidak berada di dalam kesebelasan utama dan pemain simpanan ketika pasukannya bertandang ke gelanggang lawan, menentang Trat FC pada 1 Mac.

Samada sahih atau sebaliknya, jawapan hanya ada pada Mat Yo atau salah satu syarikat yang mempunyai dokumen lengkap dan sah yang menyatakan Norshahrul Idlan Talaha telah memilih ejen tersebut untuk beraksi bersama kelab BG Pathum United.

 

- Advertisement -