Pemain kebangsaan yang mewakili Sabah, Nevern Netaneel Marcellinus mempamer konsistensi untuk memenangi pingat emas acara bowling perseorangan Sukan Malaysia ke-20 di Sunway Megalane di sini, hari ini.

Nevern jelas lebih konsisten di sepanjang enam frame dengan mengumpul 201, 161, 213, 244, 247 dan 210 jatuhan pin untuk mengumpul keseluruhan 1,276 jatuhan pin, mengatasi pemain Pahang, Danial Haiqal Izwan Suhardi yang merosot di frame terakhir dan sekadar mengumpul 1,270 jatuhan pin.

Atlet Pulau Pinang, Muhammad Hariz Adlan Azman memenangi gangsa dengan 1,249 pin.

Dalam acara perseorangan wanita, atlet Sarawak Lavinia Kho Jia Jie mengumpul keseluruhan 1,271 pin untuk memenangi pingat emas, hanya 3 pin di depan rakan senegeri, Nur Hazirah Ramli (1,268).

Atlet Selangor, Nur Nais Falilnasa Isman yang hanya mengumpul 169 pin pada frame terakhir dan mengumpul keseluruhan 1,263 pin, terpaksa berpuas hati memenangi gangsa.

- Advertisement -