Selepas tiga musim, pasukanĀ CASTROL POWER1 HONDA TEAMĀ membuat perubahan besar apabila melangkah ke kelas CP125 bagi menghadapi saingan Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix musim 2023.
Pasukan yang dikendalikan oleh Shahrol Yuzy Ahmad Zaini ini mula ditubuhkan pada tahun 2020 dan beraksi dalam kelas Wira KBS dengan misi untuk mencungkil pelumba pelapis yang berpotensi.
Antara pencapaian terbaik pasukan apabila muncul pemenang ketiga keseluruhan pada tahun 2021 melalui Md Harith Haziq Zamri manakala Ahmad Darwisy Ahmad Sahir menjadi pelumba terbaik pasukan pada musim lepas dengan menduduki kedudukan ke-11 keseluruhan.
Menjelaskan tentang peralihan kategori pada musim ini, Shahrol Yuzy menjelaskan ia selari dengan hasrat pasukan untuk mempersiapkan pelumba-pelumba bagi menghadapi perlumbaan yang lebih mencabar.
āSelepas tiga musim, saya fikir ini adalah masa terbaik untuk kami beralih ke kelas lebih tinggi dan dengan pengalaman serta persediaan pengurusan pasukan dan pelumba sendiri, kami yakin dapat cepat menyesuaikan diri dengan kelas baharu ini.
āSaya berterima kasih kepada CASTROL POWER1 dan barisan penaja lain kerana terus memberi kepercayaan kepada pengurusan pasukan untuk menghadapi saingan di peringkat kebangsaan ini yang semakin hari semakin mencabar dan sengit.ā
Pelumba musim 2022, Ahmad Darwisy dan Md Loqman Nur Hakim Wazi terus kekal membawa cabaran dalam kategori CP125 pada musim ini manakala kemasukan pelumba muda berpengalaman, Md Haziq Md Hamdan ke dalam pasukanĀ CASTROL POWER1 HONDA TEAMĀ diharap dapat membantu pasukan untuk memberikan saingan di kelompok hadapan.
Jelas Shahrol Yuzy, “Saya optimis kehadiran Md Haziq ke dalam pasukan dapat membantu pasukan dan juga dua lagi pelumba muda untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan pada musim pertama kami dalam kategori CP125 ini.”