IMG-20160303-WA012

Kem pelayaran negara sedikit resah dengan hanya dua hari sahaja lagi sebelum kejohanan Kapal Layar Antarabangsa di Abu Dhabi memulakan saingan.

Dua pelayar lelaki, Khairulnizam Mohd Effendy dan Ahmad Latif Khan terlepas sesi latihan selama dua hari bermula semalam susulan masalah kesihatan.
Ia sekaligus meresahkan pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia MYA, Mohd Effendy Abdullah.
Keadaan Abdul Latif Khan juga semakin teruk apabila disahkan menghidap jangkitan paru paru.
‘Keadaan sekarang agak begitu genting dengan keadaan Khairulnizam dan Ahmad Latif Khan yang diserang demam panas. Mereka sedang dirawat di National Hospital, Abu Dhabi dan dipantau rapi oleh doktor pakar. Keadaan ini amat merunsingkan.’ kata Mohd Effendy Abdullah.   
Namun berdasarkan rawatan dan laporan perubatan daripada pihak Hospital, keadaan kedua dua pelayar negara masih stabil dan dijangka pulih sebelum perlumbaan bermula.
- Advertisement -