iskandar
Iskandar

Oleh Ku Mohd Lufti

Cabaran pemain Negara di kejohanan Badminton  Masters China kini  terletak dibahu bergu campuran selepas lima wakil Negara terkandas di pusingan ketiga.

Chan Peng Soon, Goh Liu Ying mara ke peringkat suku akhir selepas melakar kemenangan ke atas pasangan tuan rumah, Zhu Junhao, Zhou Chaomin 22-24, 21-12, 21-13.

Rentak ini gagal diekori satu lagi pasangan bergu Negara, Lai Pei Jing, Tan Kian Meng apabila tewas kepada gandingan dari Singapura Terry Hee Yong Kai, Tan Wei Han 21-14, 19-21, 14-21.

Impian perseorangan Negara, Iskandar Zulkarnain untuk ke suku akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kelapan kejohanan dari Korea Selatan, Lee Dong Keun 21- 18, 15 – 21, 4-21 selepas bertarung lebih sejam.

Mengikuti jejak Iskandar, seorang lagi perseorangan Negara, Liew Darren yang tewas kepada pilihan ketujuh dari India, H. S Prannoy, 21-10, 21-15.

Bergu lelaki, Hoon Tien How, Kok Siang Teo pula gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir, tewas kepada bergu tuan rumah He Jiting, Tan Qiang.

Tien How, Siang Teo hanya bermain sehingga set pertama, tewas 13-21 sebelum menarik diri akibat kecederaan.

Manakala aksi bergu wanita, cabaran Vivian Hoo Kah Mun, Woon Khe Wei yang diletak selaku pilihan ketujuh ditamatkan pasangan tuan rumah, Huang Dongpin, Zhong Qianxin straight set 21-17, 21-18.

- Advertisement -