MELAKA JOHOR 11
Johor’s Mohamad Zulhamizan (left) in action against Melaka during their TNB 53rd Tun Abdul Razak Cup 2015, Division One semi-final match at the National Hockey Stadium, in Bukit Jalil. Melaka won 4-3.

Juara bertahan, Perak menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke pentas final Piala Tun Abdul Razak musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Pasukan bimbingan K. Yogeswaran itu bermula cemerlang sebaik perlawanan bermula apabila berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi Muhamad Haziq Samsul seawal minit ketiga.

Gol awal itu secara tak langsung menaikkan semangat Perak yang berjaya menggandakan kedudukan menerusi jaringan padang Hafifi Hafiz Hanafi pada minit ke-19.

Perak seakan-akan sudah menempah tiket ke pentas final apabila Azlan Misron meledak gol ketiga pada minit ke-26 sebelum Kuala Lumpur bangkit merapatkan kedudukan 3-1 melalui Mohamad Syamim Mohd. Yusof tiga minit kemudian.

Kelekaan barisan pertahanan Perak mengundang padah apabila Kuala Lumpur berjaya menambah gol kedua menjadikan kedudukan 3-2 menerusi jaringan padang Muhamad Ramadan Rosli pada minit ke-54.

Perak bernasib baik apabila Kuala Lumpur gagal memanfaatkan satu-satunya pukulan sudut penalti yang diterima dalam perlawanan itu pada minit ke-59 sekali gus keputusan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad berpuas hati dengan persembahan dipamerkan para pemainnya dan yakin mereka mampu mempertahankan kejuaraan dimenangi dua musim berturut-turut sebelum ini.

“Saya akui kami bernasib baik menang hari ini tetapi itu adat perlawanan. Saya bangga dengan komitmen dipamerkan para pemain dan saya harap kami dapat kekalkan prestasi sama pada final esok,” katanya.

Sementara itu, Melaka menewaskan Johor 4-3 pada satu lagi aksi separuh akhir sekali gus bakal membuat perhitungan dengan Perak pada aksi final hari esok.

 

 

RESULTS – Division One Semi-finals: Perak 3 Kuala Lumpur 2; Malacca 4 Johor 3.

5-6th Playoff: Pahang 7 Negeri Sembilan 3.

7-8th Playoff: Terengganu 7 Penang 3.

Division Two: Police 8 Sarawak 2; Kelantan 5 Kedah 2; Selangor 6 Perlis 1.

FIXTURES – Sunday (6th Dec): Div Two Final: Police v Selangor (5.0, Pitch 1).

Div One Third-Fourth Placing: Kuala Lumpur v Johor (5.30pm, Pitch 2).

Final: Perak v Malacca (Pitch 2, 8.30pm).

- Advertisement -