sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada masalah besar berlaku setakat ini dan persiapan atlet Negara yang akan menghadapi temasya Sukan SEA 2017 berjalan mengikut perancangan. 

Malah, Chief de Mission Negara, Datuk Marina Chin berpuas hati dengan persiapan pasukan dan persatuan bagi setiap kategori sukan yang akan disertai.

Beliau mengingatkan kepada persatuan untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada dengan segera.

“Semua persatuan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya kelemahan itu dapat dikenal pasti, mereka perlu dapatkan bantuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan sebagainya,” Kata Datuk Marina Chin.

Beliau hadir di mesyuarat bersama pengurus pasukan bagi temasya Sukan SEA ke 29 kali pertama di Wisma MOM.

Bagi memastikan kesemua persiapan berjalan dengan baik, mesyuarat ini akan diadakan sekali dalam setiap bulan.

- Advertisement -