Senarai nama 29 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 1 September 2025.

NoNama PemainUmurKelab
1.Ahmad Syihan Hazmi Mohamed29Johor Darul Ta’zim
2.La’Vere Lawrence Corbin-Ong34Johor Darul Ta’zim
3.Hector Alexander Hevel Serrano29Johor Darul Ta’zim
4.Shahrul Mohd Saad32Johor Darul Ta’zim
5.Joao Vitor Brandao Figueiredo29Johor Darul Ta’zim
6.Jon Irazabal Iraurgui29Johor Darul Ta’zim
7.Muhammad Nazmi Faiz Mansor31Johor Darul Ta’zim
8.Arif Aiman Mohd Hanapi25Johor Darul Ta’zim
9.Romel Oswaldo Morales Ramirez28Johor Darul Ta’zim
10.Harith Haiqal Adam Afkar23Selangor
11.Nooa Hamzah Laine23Selangor
12.Quentin Cheng Jiun Ho26Selangor
13.Mohamad Faisal Abdul Halim27Selangor
14.Dominic Jun Jin Tan28Sabah
15.Daniel Sang Ting33Sabah
16.Stuart John Wilkin27Sabah
17.Mohd Suhaimi Husin31Terengganu
18.Muhammad Azam Azmi Murad24Terengganu
19.Paulo Josue36KL City
20.Muhammad Safawi Rasid28KL City
21.Muhammad Azri Ab Ghani26Negeri Sembilan
22.Muhammad Haziq Nadzli27Kuching City
23.Dion Johan Cools29Cerezo Osaka
24.Endrick Dos Santos 30Ho Chi Minh City
25.Sergio Fabian Ezequiel Aguero31Kanchanaburi Power 
26.Gabriel Felipe Arrocha23Unionistas De Salamanca
27.Facundo Tomas Garces25Deportivo Alaves
28.Rodrigo Julian Holgado29America De Cali S.A.
29.Richard Li Hua Chin22Raith Rovers 

Berdasarkan senarai di atas, Cklamovski telah mengekalkan seramai 25 pemain dari skuad menentang Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi pada 10 Jun 2025 selain memanggil empat muka baharu iaitu Sergio Aguero, Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad dan juga Richard Chin.

Sementara itu, seramai 15 pemain berikut diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:

NoNama PemainUmurKelab
1.Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni27Terengganu
2.Muhammad Akhyar Abdul Rashid26Terengganu
3.Muhammad Rahadiazli Rahalim24Terengganu
4.Muhammad Safwan Mazlan23Terengganu
5.Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin26Terengganu
6.Ibrahim Manusi24Johor Darul Ta’zim
7.Mohamadou Sumareh31Johor Darul Ta’zim
8.Nathaniel Shio Hong Wan25Johor Darul Ta’zim
9.Junior Eldstal34Johor Darul Ta’zim
10.Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi30Selangor
11.Shahrul Nazeem Zulpakar26Selangor
12.Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman23Selangor
13.Ahmad Zikri Mohd Khalili23Selangor
14.Adam Nor Azlin29KL City
15.Mohammad Syamer Kutty Abba28KL City
16.Ryan Edward Lambert27KL City
17.Muhammad Adib Abdul Ra’op26Penang
18.Jimmy Raymond29Kuching City
19.Darren Lok 34Sabah
20.Wan Kuzain Wan Kamal26St Louis City

Skuad kebangsaan Harimau Malaya akan menjalani latihan berpusat di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 September 2025 sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 yang telah dijadualkan.

Malaysia akan menentang pasukan Singapura yang kini berada di ranking dunia ke-159, pada Khamis, 4 September 2025, jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seterusnya, skuad negara akan menyambung latihan berpusat di Johor Bahru bermula 5 September 2025 sebagai persediaan menghadapi perlawanan kedua menentang pasukan ranking ke-98 dunia, Palestin yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin, 8 September 2025, jam 9.00 malam.

- Advertisement -