Oleh Ku Mohd Lufti

Senarai enam pelumba Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) yang akan berkayuh di jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2017 dan Jelajah Filipina dimuktamadkan sepenuhnya oleh Jeremy Hunt.

Pengurus pasukan, Danny Feng yang dihubungi mengesahkan lima pelumba tempatan akan menggalas tugas di LTdL yang akan memulakan saingan bermula 22 Februari depan.

“Pelumba tempatan yang akan beraksi di LTdL adalah Anuar Manan, adik beradik Zamri Salleh dan Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, dan Nur Amirul Fakhruddin Marzuki manakala seorang pelumba luar negara Dadi Suryadi dari Indonesia melengkapkan senarai.”

“Dadi Suryadi menjadi sandaran utama pasukan untuk merebut jersi kuning sebagai pelumba terbaik bagi kategori individu.”Kata Danny.

Shahrul Mat Amin pula sah menggantikan posisi Mohd Adiq Hussaini Othman yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut ketika menjalani latihan di Australia awal bulan lalu.

Sementara itu, enam lagi pelumba, Goh Soon Huat, Maral erdene Batmunkh, Daniel Whitehouse Che Ku Mohammad Nazmi Che Ku Romli dan Mohd Nor Umardi Rosdi melengkapkan senarai enam pelumba yang akan beraksi di Jelajah Filipina.

“Che Ku Mohammad Nazmi menunjukkan peningkatan yang begitu baik selepas tiba di Australia dan ianya perkembangam yang baik untuk pasukan.

“Dia juga berjaya menempatkan diri di 10 pelumba terbaik dalam perlumbaan tempatan minggu lalu dan perlu berlumba lagi di sini (Australia) untuk meningkatkan lagi keyakinannya ketika berlumba.” katanya lagi.

Tambah Danny lagi, Nazmi masih memerlukan masa untuk membentuk keyakinan dalam dirinya selepas tidak berlumba selama beberapa tahun.

- Advertisement -