pgm.sime.darby
Shabaan Hussin mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu selepas tamat dua pusingan kejohanan golf Jelajah PGM Tertutup Sime Darby Harvard.
Beliau mengumpul 135 pukulan keseluruhan, 9 dibawah par.
Hari kedua, Shabaan sedikit goyah dipertengahan permainan , apabila melakar double bogey dilubang ke 3 diikuti bogey dilubang ke 4.
 namun beliau bangkit dengan lima birdie berturut turut sehingga lubang terakhir untuk menutup hari kedua dengan catatan 69 pukulan 3 dibawah par.
Kedudukan Shabaan bagaimanapun masih belum selesa apabila diekori rapat dua pemain yang berkongsi catatan terkumpul 8 dibawah par selepas beraksi 36 lubang.
Pemain paling mencuri tumpuan di hari kedua , Brandon Lau apabila melakar 66 pukulan 6 dibawah par berbanding hari pertama 70 pukulan 2 dibawah par.
catatan itu sekaligus meletakkan Brandon Lau ditangga kedua keseluruhan bersama seorang lagi pemain, Sukree Othman yang turut mengumpul 8 dibawah par.
Pemain muda dalam peningkatan, Low Khai Jei juga tidak ketinggalan dalam memberi tekanan ke atas pendahulu apabila mengumpul 137 pukulan 7 dibawah par.
- Advertisement -