masbah (3)

Oleh Ku Mohd Lufti

Ujian pertama Frank Bernhardt dalam aksi persahabatan antarabangsa dengan skuad bawah 22 tahun Bahrain tampak positif meskipun berakhir dengan seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam.

Babak pertama perlawanan tampak seimbang dimana kedua dua pasukan lebih berhati hati dalam mengatur gerakan dan serangan.

Anak didik Marjan Eid juga sekali sekala menguji kubu Malaysia yang dipimpin Ahmad Syiuhan Azmi dan Matthew Davies yang turut mengetuai posisi pertahanan.

Peluang terbaik Malaysia hadir diminit ke 17 menerusi S Kumaahran namun voli didalam kotak penalti sekadar ke dakapan penjaga gol pelawat, Mahbob Yahya Aldoseri.

Kumaahran sekali lagi berpeluang untuk merobek gawang Bahrain sebelum tamat babak pertama, namun rembatan dari dalam kotak penalti sekadar melepasi tiang gol lawan.  

Tiga minit selepas babak kedua bermula, Mahboob Yahya terus cemerlang mengawal gawangnya daripada dibolosi apabila menafikan dua peluang terbaik Malaysia menerusi  N Thanabalan dan kapten, Mohd Adib Zainuddin.

Ternyata persiapan yang singkat sedikit sebanyak mengganggu rentak persembahan anak didik Frank Bernhardt meskipun berjaya menciota peluang peluag didepan kubu lawan.

Pemain gantian, Mohd Farhan Roslan turut berjaya mencipta peluang untuk meledak gol, namun percubaannya dinafikan Mahboob.

Secara keseluruhan, Frank Bernhadrt berpuas hati dengan persembahan pemain pemain yang mempamer aksi yang cukup positif ke atas skuad Bahrain.

“Persembahan yang baik daripada pasukan kami, hanya yang kurang adalah tidak menjaringkan gol walaupun berpeluang dan ianya sesuatu yang perlu diperbaiki,” kata Bernhardt.

“Walaupun permainan yang baik dipamerkan oleh pemain pemain, namun, jika tiada jaringan, ianya tidak akan bermakna.”

Kedua dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada Jumaat di Stadium UiTM, Shah Alam jam 4.30 petang.

- Advertisement -