Vietnam, yang meraih gangsa selepas menumpaskan Indonesia 5-0 di Singapura dua tahun lepas. Kredit Foto – www.asiana.my

SKUAD bolasepak Vietnam, pemenang perak lima kali pada Sukan SEA, merupakan pasukan pertama tiba di Kuala Lumpur, bersedia memberikan saingan bagi memperbaiki pencapaian pingat gangsa mereka pada cabaran Sukan SEA KL2017.

Vietnam, yang meraih gangsa selepas menumpaskan Indonesia 5-0 di Singapura dua tahun lepas, diundi dalam kelompok “kumpulan maut” bersama Thailand, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina pada saingan bolasepak KL2017.

“Memang benar, kami dalam kumpulan yang sukar, bukan mudah, tetapi kami hadir dengan tekad kuat untuk menghasilkan keputusan terbaik. Semua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk menang emas,” kata ketua jurulatih Nguyen Huu Thang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada malam Khamis (10 Ogos 2017).

Skuad bolasepak Vietnam pertama tiba. Kredit Foto – www.asiana.my

“Saya tidak mahu meramalkan sebarang kemungkinan, tetapi perlawanan pertama memang penting. Ya benar, kami memasang impian mahu memenangi pingat emas tetapi begitu juga dengan pasukan lain. Tunggu saja kerana saingan akan bermula dalam masa empat hari lagi,” kata beliau.

Skuad Vietnam, yang belum pernah mengecap emas tetapi lima kali meraih pingat perak sejak 1977, tiba di Kuala Lumpur dari Seoul, Korea Selatan dengan bekalan menang dalam dua perlawanan persahabatan ke atas kelab Mokpo City FC (4-1) dan Busan FC 6-1.

- Advertisement -